Tan Yee Kew

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yang Berhormat Datin Paduka Dr Tan Yee Kew ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PH-PKR sejak Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14).

Datin Paduka Dr.

Tan Yee Kew

DSSA (Selangor)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Wangsa Maju
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Didahului olehTan Kee Kwong
Digantikan olehZahir Hassan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Klang, Selangor
Dalam jawatan
1995–2008
Didahului olehFong Kui Lun
Digantikan olehCharles Anthony Santiago
Butiran peribadi
Lahir (1953-02-14) 14 Februari 1953 (umur 71)
Klang, Malaya (kini Malaysia)
Parti politik (1986-2008)
(2008-kini)
PasanganDr. Low Sew Ming
Anak-anak2
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau sebelum ini adalah dari parti BN-MCA. Pilihan raya pertama beliau ialah Pilihan raya umum Malaysia 1990 dan bertanding di parlimen Puchong mewakili BN. Namun beliau tewas kepada calon DAP dengan majoriti 2,281 undi.

Pada Pilihan raya umum Malaysia 1995 berliau bertanding di parlimen Klang dan berjaya menewaskan calon DAP. Beliau kekal sebagai ahli parlimen Klang mewakili parti BN-MCA selama tiga penggal iaitu dari tahun 1995-1999, 1999-2004 dan 2004-2008.

Pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz. Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Politik sehingga tamat penggal iaitu pada tahun 2008.

Pada tahun 2008, beliau mengumumkan keluar daripada parti BN-MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Beliau bertanding buat pertama kalinya dalam parti baharu pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13) di Parlimen Tanjong Malim namun demikian beliau ditumpas oleh penyandang parlimen itu. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau bertanding di Parlimen Wangsa Maju bagi mengganti penyandangnya sebelum ini Tan Kee Kwong dari PKR yang tidak bertanding. Beliau menang kerusi tersebut dengan majoriti 24,238 undi.

Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Parliament of Malaysia[1][2][3][4][5][6][7]
Tahun Kawasan Undian Pct Pencabar(s) Undian Pct Ballots cast Majoriti Turnout
1990 P91 Puchong, Selangor Tan Yee Kew (MCA) 32,686 48.31% V. David (DAP) 34,967 51.69% 68,684 2,281 69.57%
1995 P100 Klang, Selangor Tan Yee Kew (MCA) 28,984 52.96% Fong Kui Lun (DAP) 22,860 41.77% 54,724 6,124 76.87%
Mohd Yusof Jasmin (PAS) 1947 3.56%
1999 P100 Klang, Selangor Tan Yee Kew (MCA) 30,201 54.61% Teng Chang Khim (DAP) 24,528 44.36% 56,325 5,673 69.81%
Tan Siow Eng (MDP) 570 1.03%
2004 P110 Klang, Selangor Tan Yee Kew (MCA) 32,138 63.02% Wong Ah Peng (DAP) 18,857 36.98% 52,265 13,281 70.57%
2013 P77 Tanjong Malim, Perak Tan Yee Kew (PKR) 23,897 44.75% Ong Ka Chuan (MCA) 28,225 52.86% 53,399 4,328 82.80%
2018 P116 Wangsa Maju, Kuala Lumpur Tan Yee Kew (PKR) 42,178 57.30% Yew Teong Look (MCA) 17,940 24.37% 74,509 24,238 84.21%
Razali Tumirin (PAS) 13,490 18.33%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 26 May 2010. Percentage figures based on total turnout.
  2. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  3. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.Results only available for the 2013 election.
  4. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  6. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  7. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.