Tan pendek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tan pendek (bahasa Inggeris: short ton (S/T)) ialah unit jisim yang sama dengan 2,000 paun (tepat sama dengan 907.18474 kg). Di Amerika Syarikat, tan pendek sering dipanggil dengan mudah sebagai tan, tanpa membezakannya daripada tan metrik (1,000 kilogram) atau tan panjang (2,240 paun) — sebaliknya, jenis kedua-dua tan yang lain itu ditentukan secara khusus. Walaupun demikian, terdapat sesetengah penggunaan di Amerika Syarikat yang "tan", jika jenisnya tidak ditentukan, bermaksud tan panjang (umpamanya, kapal tentera laut) atau tan metrik (angka pengeluaran biji-bijian dunia).

Kedua-dua tan panjang dan tan pendek ditakrifkan sebagai 20 ratus berat, akan tetapi satu ratus berat ialah 112 paun (sama dengan 8 ston) dalam sistem imperial (ratus berat panjang atau kasar) dan 100 paun dalam sistem Amerika Syarikat (ratus berat pendek atau bersih).

Satu tan-daya pendek ialah 2,000 paun-daya (8,896 newton).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]