Tanah Jajahan Aden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tanah Jajahan Aden (bahasa Arab: مستعمرة عدن Musta'marat'Adan) adalah sebuah jajahan British di Aden yang berdiri pada tahun 1839 hingga 1963. Pada awalnya, Aden merupakan sebahagian dari Raj British (sebagai Aden Settlement di bawah Kepresidenan Bombay, dan kemudian sebagai "wilayah Ketua Pesuruhjaya"). Pada tahun 1937, Aden menjadi tanah jajahan bebas. Pada tahun 1963 hingga 1967, Aden menjadi wilayah bernama Negara Aden (Arab: ولاية عدن Wilāyat'Adan) di bawah Persekutuan Arab Selatan. Kemudian, Yaman Selatan ditubuhkan, menamatkan tanah jajahan Aden.