Tanah Permaisuri Maud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tanah Permaisuri Maud
Dronning Maud Land
Flag of Tanah Permaisuri Maud Land
Bendera
Lokasi  Tanah Permaisuri Maud  (merah)di Antartika  (putih)
Lokasi  Tanah Permaisuri Maud  (merah)

di Antartika  (putih)

Kerajaan Wilayah tanggungan
• Pentadbiran
Kementerian Keadilan dan Polis Norway
Wilayah tanggungan Norway
14 Januari 1939
19 Januari 1939
• Penyerahan Jerman Nazi
8 Mei 1945
• Wilayah tanggungan
21 Jun 1957
23 Jun 1961
• Dikembangkan
12 Jun 2015
Luas
• Jumlah
2,700,000 km2 (1,000,000 bt2)
Kod ISO 3166 AQ

Tanah Permaisuri Maud (Bahasa Norway: Dronning Maud Land)[note 1] ialah sebuah kawasan Antartika berkeluasan 2.7 juta kilometer persegi (1 juta batu persegi)[2] yang dituntut sebagai wilayah tanggungan[3] Norway. Wilayah terletak di antara 20° barat dan 45° di timur, di antara  Wilayah Antartika British di sebelah barat yang dituntutnya dan Wilayah Australia Antartika di sebelah timur. Kawasan Timur Antartika, ini terdiri kira-kira satu-kelima dari kawasan keseluruhan Antartika. Kawasan tuntutan ini dinamakan Permaisuri Maud dari Wales (1869-1938).

Hjalmar Riiser-Larsen, seorang peneroka warga Norway, merupakan orang pertama yang diketahui menjejakkan kaki ke kawasan ini pada tahun 1930. Pada 14 Januari 1939, wilayah ini telah dituntut oleh Norway. Dari tahun 1939 sehingga 1945, Jerman Nazi membuat suatu tuntutan suatu kawasan yang dinamakan Neuschwabenland ("Swabia Baru") yang terdiri daripada sebahagian kawasan Tanah ini. Pada 23 Jun 1961, Tanah Permaisuri Maud menjadi sebahagian daripada Sistem Perjanjian Antartika lalu menjadikannya sebuah kawasan bebas tentera. Ia adalah salah satu dari dua wilayah Antartika yang dituntut Norway selain daripada Pulau Peter I. Kedua-dua kawasan ini diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Kutub Kementerian Keadilan dan Keamanan Awam di Oslo.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nama Bahasa Norway tempat ini, Dronning Maud Land, turut digunakan terus tanpa diterjemahkan kepada pihak berbahasa Inggeris seperti mana termaktub dalam perjanjian 1974 antara Norway dan United Kingdom agar tidak menterjemahkan nama-nama kawasan tuntutan antara satu sama lain. Persetujuan yang berpadanan juga diterima pakai secara tidak formalnya bersama Australia, New Zealand dan Perancis.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ørvoll, Oddveig Øien. "Kartlegginga av Antarktis: Internasjonale avtaler" (dalam bahasa Norway). Institut Kutub Norway. Dicapai 15 July 2011. 
  2. ^ "Minifacts about Norway 2011: 2. Geography, climate and environment". Statistics Norway. 2011. Dicapai 21 Ogos 2011. 
  3. ^ "Forutsetninger for Antarktistraktaten: Dronning Maud Lands statsrettslige stilling – "utviklingen" frem til 1957". Norsk Polarhistorie (dalam bahasa Norwegian). Dicapai 15 Mei 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]