Tanah runtuh Bukit Berapit 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tanah runtuh di Bukit Berapit berlaku pada 22 November 2007 berdekatan dengan Bukit Berapit, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tanah runtuh ini berlaku bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara-Selatan di KM 321.6, Jalan Taiping-Kuala Kangsar. Kejadian berlaku jam 10.00 pagi. Sebuah lori yang ditimbus oleh tanah runtuh tetapi pemandunya, Tay Hock Kee,56, telah terselamat.

Punca[sunting | sunting sumber]

Siasatan awal oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Datuk Ir. Wong Wai Ching mendapati kejadian tanah runtuh itu mungkin disebabkan oleh dua buah kolam ikan di atas bukit itu pecah. Tanah itu menjadi lembab dan mudah runtuh. [1] Tindakan undang-undang tidak dapat diambil berikutan kolam itu dibina oleh pemilik tanah persendirian. Pihak berkuasa tempatan sepatutnya tidak boleh meluluskan sebarang projek pembinaan pada kawasan-kawasan sensitif seperti ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]