Tanan bersih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tanan bersih ditentukan dengan mengira isipadu dalaman kapal dan menggunakan satu rumus matematik.

Tanan bersih (Bahasa Inggeris: net tonnage atau singkatannya NT) ialah kiraan isipadu dalaman ruang palka kapal. Ia dinyatakan dalam unit tanan, iaitu unit isipadu dalam 100 kaki padu ((~2.83 m³).[1] Unit "tan" untuk isipadu tidak boleh dikelirukan dengan unit "tan" untuk berat yang lebih banyak digunakan. Tanan bersih bukanlah satu kiraan untuk berat kapal atau jumlah sesarannya dan tidak boleh dikelirukan dengan istilah seperti berat mati, tanan berdaftar bersih atau sesaran. Tanan bersih dan tanan kasar, ditentukan oleh "Konvensyen Pengiraan Tanan Kapal Antarabangsa, 1969" (The International Convention on Tonnage Measurement of Ships, 1969) dan mula dikuatkuasakan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa pada 18 Julai 1982. Kedua-dua pengiraan ini menggantikan "tanan berdaftar kasar" (grt) dan "tanan berdaftar bersih" (nrt). Tanan bersih dikira berdasarkan "Isipadu teracu semua ruang kargo kapal" dan digunapakai untuk menentukan perkara seperti cukai pelabuhan.

Pengiraan[sunting | sunting sumber]

Pilihan nilai drauf[sunting | sunting sumber]

Pengiraan tanan bersih adalah berdasarkan beberapa faktor, antaranya drauf teracu "d". Pilihan nilai untuk menggunakan "d" boleh menjadi sangat rumit. Untuk kapal yang tertakluk kepada Konvensyen Garisan Beban Antarabangsa, garisan beban musim panas digunakan. Bagi kapal penumpang, drauf yang digunakan adalah bahagian garisan beban terdalam yang ditentukan berdasarkan Konvensyen Antarabangsa Untuk Keselamatan di Laut. Bagaimanapun, jika kerajaan menetapkan penggunaan garisan beban untuk sesebuah kapal, drauf untuk garisan beban musim panas akan digunakan. Jika sesebuah kapal tidak mempunyai garisan beban tetapi mempunyai drauf maksimum seperti yang ditetapkan oleh kerajaan, nilai ini akan digunakan. Akhir sekali, jika sesebuah kapal tidak tertakluk kepada mana-mana perkara di atas, nilai "d" diambil dari 75% kedalaman teracu peminggang kapal.

12 atau kurang penumpang[sunting | sunting sumber]

Tanan kasar dikira seperti yang ditetapkan dalam Peraturan 4 Annex 1 Konvensyen Pengiraan Tanan Kapal Antarabangsa, 1969. Ia berdasarkan dua pemboleh ubah utama:

  • Vc, jumlah isipadu ruang kargo kapal dalam meter padu (m³), dan
  • d, drauf teracu peminggang kapal dalam meter,

Langkah pertama pengiraan NT adalah untuk mencari nilai K2, satu pendarab yang berdasarkan nilai Vc. Ia diperolehi dengan menggunakan rumus berikut:

K2 = 0.2 + 0.02 × log10(Vc)

Dan ketiga-tiga nilai digunakan untuk pengiraan NT menggunakan rumus:

NT = Vc × K2 × 4d2

Dimana faktor 4d2 tidak boleh melebihi 1, nilai Vc × K2 × 4d2 tidak boleh melebihi 0.25 GT, dan nilai akhir NT tidak boleh diterima jika kurang dari 0.30 GT.

13 atau lebih penumpang[sunting | sunting sumber]

Apabila mengira NT untuk kapal yang disahkan untuk membawa 13 atau lebih penumpang, istilah tambahan digunakan dalam rumus NT. Ia berdasarkan 3 pemboleh ubah tambahan

  • GT, tanan kasar kapal,
  • N1, bilangan penumpang di dalam kabin dengan tidak melebihi lapan tempat, dan
  • N2, bilangan penumpang yang lain,

Pertama, satu pendarab K3, yang berdasarkan tanan kasar kapal akan dicari

     1.25 × (GT + 10,000)
K3 = --------------------
          10,000

Kemudian, jumlah tanan bersih:

NT = Vc × K2 × 4d2 + K3 × (N1 + N2)

Dimana faktor 4d2 tidak boleh melebihi 1, nilai Vc × K2 × 4d2 tidak boleh melebihi 0.25 GT, dan nilai akhir NT tidak boleh diterima jika kurang dari 0.30 GT.

Perbezaan pengiraan antara kes 12 atau kurang penumpang dan 13 atau lebih penumpang adalah kerana had yang diberikan dalam definisi tanan bersih yang menyatakan "...apabila N1 + N2 adalah kurang daripada 13, N1 dan N2 dianggap kosong."

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 100 kaki padu adalah bersamaan 2.8316846592 meter padu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]