Tanda regangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tanda regangan
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10 L90.6
ICD-9 701.3
P. Data Penyakit 30027
MedlinePlus 003287
eMedicine derm/406
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Tanda regangan (juga dikenal sebagai striae) ialah sejenis parut pada kulit yang kelihatan berwarna lain. Tanda sebegini barangkali akan berkurangan tetapi tidak akan hilang sepenuhnya. Tanda regangan terbentuk sewaktu kehamilan, biasanya pada trimester terakhir, dan biasanya di perut, namun biasa juga berlaku pada dada, paha, pinggul, belakang dan punggung, diketahui sebagai striae gravidarum.[1]

Ciri regangan ini disebabkan oleh dermis yang terkoyak akibat regangan kulit pantas yang berkaitan dengan pertumbuhan atau kehilangan berat badan yang ketara. Ia juga boleh dipengaruhi oleh perubahan hormon yang berkaitan dengan akil baligh, kehamilan, bina badan, atau terapi penggantian hormon.

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Striae, atau "tanda regangan", bermula sebagai "lesi" (lesion) atau luka merah atau ungu yang muncul di mana-mana bahagian tubuh, terutamanya di kawasan terkumpulnya lemak badan seperti perut (terutama yang dekat dengan pusat), payudara, lengan atas, ketiak, belakang, paha (kedua-dua bahagian dalam dan luar), pinggul dan punggung. Luka-luka ini lama-kelamaannya cenderung mengatrofi dan hilang pigmennya. Kawasan yang terlibat tampak kosong, dan lembut disentuh.[2]

Tanda regangan berlaku di dermis iaitu lapisan tisu tengah tahan lasak yang membantu kulit mengekalkan bentuknya. Ia tidak akan membentuk selagi ada sokongan dalam dermis. Regangan memainkan peranan di mana tanda tersebut berlaku serta arah gerakannya; walau bagaimanapun, pembentukannya disebabkan oleh beberapa faktor (lihat: "Penyebab", di bawah). Tanda-tanda ini boleh (tetapi tidak selalunya) menyebabkan rasa pijar dan gatal-gatal, serta tekanan emosi. Ia dengan sendirinya tidak menimbulkan sebarang risiko kesihatan risiko dan ia tidak mendatangkan bahaya kepada kebolehan badan berfungsi secara normal dan membaiki diri sendiri, namun ia sering dianggap sebagai masalah kosmetik. Wanita muda merupakan golongan yang paling banyak terjejas dengan keadaan ini di mana mereka sering mendapatkan rawatan dari doktor kulit[3] dan berikutan kehamilan mereka.[4]

Punca[sunting | sunting sumber]

Tanda-tanda regangan muncul disebabkan oleh peregangan kulit, terutamanya dengan peningkatan dalam bahan kortison.[5]

Dalam erti kata lainnya, peningkatan tahap kortison tahap boleh meningkatkan kemungkinan atau tahap tanda regangan dengan mengurangkan sifat lembut kulit; secara khususnya, ia menjejaskan dermis dengan mencegah fibroblas dari membentuk gentian kolagen dan elastin yang diperlukan untuk mengekalkan ketegangan kulit secara berterusan. Bahan sokongan kepada regangan kulit yang pesat membesar berkurangan, lalu membawa kepada pengoyakan dermis dan epidermis, seterusnya menghasilkan parut dalam bentuk tanda regangan ini. Hal ini lebih jelas dikenali kes apabila adanya pertumbuhan tisu baru (yang boleh mengganggu sokongan tersembunyi dermis atau epidermis dengan mengalihkan tisu sokongan).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Are Pregnancy Stretch Marks Different?". American Pregnancy Association. Diarkibkan daripada asal pada 19 January 2013. 
  2. ^ "Stretch Mark". Encyclopædia Britannica. Dicapai 1 November 2009. 
  3. ^ Chang, AL; Agredano, YZ; Kimball, AB (2004). "Risk factors associated with striae gravidarum". J Am Acad Dermatol. 51: 881–5. doi:10.1016/j.jaad.2004.05.030. 
  4. ^ James, William D.; Berger, Timothy G.; dll. (2006). Andrews' Diseases of the Skin: clinical Dermatology. Saunders Elsevier. ISBN 0-7216-2921-0. 
  5. ^ http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/stretch-marks/basics/causes/con-20032624