Tanda tashil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tanda tashil adalah antara tanda-tanda bacaan istimewa yang wujud di dalam al-Quran mashaf Uthmani. Tanda ini mempunyai bentuk seperti bulat padu ( ۬ ) dan hadir satu kali sahaja dalam al-Quran, iaitu dalam Surah Fussilat, ayat 44[1] pada perkataan:

ءَا۬عْجَمِىٌّ

Bunyi tashil yang dihasilkan semasa mengaji ialah bunyi pertengahan di antara huruf alif (ا) dan huruf hamzah (ء).


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fussilat (41:44) - Tanzil Quran Navigator". Dicapai pada 27 December 2012.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]