Pergi ke kandungan

Tang ping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tang ping
Bahasa Cina躺平

Tang ping (Cina: 躺平; makna. 'berbaring dan menatap') ialah istilah slanga China yang menggambarkan penolakan satu individu kepada tekanan masyarakat untuk terus bekerja, bersaing, bertarung dan iri hati dalam rivalitas dan mencari keberhasilan dalam kerjaya. Luo Huazhong, seorang ahli falsafah yang mengkoinkan istilah ini pada 2021 menolak sistem jam bekerja 996, yang hanya kejar-mengejar kerja, pangkat dan status.[1] Tang ping diambil dari bahasa Mandarin. Ia memiliki erti "berbaring dan menatap, lupakan pukulan dari bos tadi" dengan "hidup rendah-gairah".

Luo Huazhong menyifatkan "berbaring dan menatap" sebagai gerakan penentangan pasif-agresif,[2] dan The New York Times menyebutnya sebahagian daripada budaya cabar. Enjin carian Cina Sogou menyenaraikan neologisme ini sebagai meme paling tular di China untuk 2021.[3]

Asal kata

[sunting | sunting sumber]

Bermula dari 2016, Luo yang ketika itu berumur 26 tahun memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya sebagai buruh kilang. Dia merasa amat lelah dengan aktivitinya dan memilih untuk melancong, ke banyak tempat di China dengan basikalnya. Luo pernah mengayuh pedal dari Sichuan ke Tibet lalu kembali ke Zhejiang, melalui jarak sekitar 2,100 km (1,300 mi). Dia mendapatkan wang dari mentaip filsafat Yunani seperti Diogenes, Heraclitus atau konsep seperti logos di sosial medianya.[4]

Sebelum tular pada bulan April 2021, Hasil dari kerjanya hanya boleh membeli sekitar dua telur dan dua pinggan nasi setiap hari, tetapi Luo tidak mengeluh atau menyesali jalan hidupnya. Luo berkata dalam akaun Baidu:

Aku boleh sahaja kalau-kalau berbaring di atas barel, berjemur di bawah sinar matahari seperti Diogenes. Mungkin boleh seperti Heraclitus yang membina rumahnya di dalam gua dan memikirkan konsep 'Logos'. Berbaring dan menatap ialah gerakanku yang bijaksana. Hanya dengan berbaring, fikiran manusia dapat lebih bersih.

— Luo Huazhong

Luo mendapatkan peningkatan pendapatan yang tajam dari seluruh media sosialnya. Meme tang ping atau post falsafah Yunani yang lain. Business magazine ABC Money mengatakan bahawa generasi Z yang mengikuti Tang ping di Daoban, sudah lelah dengan impian "Mimpi China". Terus bekerja dan jauh dari keluarga, tetapi tidak mendapat kepuasan hidup yang sejak awal dicari-cari. Kalimat yang terkenal ialah "Kucai yang telah lama layu mustahil dituai" (躺平的韭菜不好割, Tǎng píng de jiǔcài bù hǎo gē).

  1. ^ "China's new 'tang ping' trend aims to highlight pressures of work culture". BBC. June 3, 2021.
  2. ^ Joe McDonald; Fu Ting (July 4, 2021). "Some Chinese shun grueling careers for 'low-desire life'". Associated Press.
  3. ^ Li, Jane (2021-12-07). "'Lying flat' is officially one of China's top memes of 2021". Quartz. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-07.
  4. ^ Yang, Yuzhen; Xueke, Zhang (2023). "What is Causing the Lying Flat Phenomenon? A Study of Subjective Class Identification in China". doi.org. Dicapai pada 2025-11-04.