Tangaroa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tangaroa ialah dewa segala jasad air termasuk laut, tasik dan sungai serta haiwan yang mendiami jasad-jasad ini dalam kepercayaan seberapa masyarakat Polinesia.

Penceritaan[sunting | sunting sumber]

Dalam kalangan orang Māori[sunting | sunting sumber]

Tangaroa (atau Takaroa di Pulau Selatan) dalam kalangan orang Māori merupakan salah seorang dewa peranakan pasangan dewa langit Ranginui dan dewi bumi Papatūānuku. Dia turut serta dalam memisahkan kedua-dua pasangan ini untuk menyelamatkan diri dan adik-beradik lain (Rongo, , Haumia dan Tāne); namun dia diserang Tāwhirimātea, dewa ribut yang mengamuk lalu memaksanya berlindung di air.[a]

Dia ada seorang anak iaitu Punga, leluhur segala ikan yu; Punga pula bapa kepada Ikatere leluhur segala ikan dan Tū-te-wehiwehi leluhur segala cicak. Amukan Tāwhirimātea memisahkan ikan-ikan yang berlindung di laut dan cicak biawak di hutan. Hal ini menyebabkan Tangaroa berdendam dengan Tāne:[2]:1–5 hasil bumi Tāne seperti kayu dimanfaatkan manusia untuk membuat rumah dan perahu, namun Tangaroa dipercayai akan membalas dengan membalikkan perahu ataupun mendatangkan bencana banjir besar.[2]:5–6 Maka, orang Māori percaya mereka harus mempersembahkan barangan tertentu untuk menenangkan Tangaroa sebelum melakukan sebarang kegiatan meneroka.[3]

Dalam kalangan orang Hawaii[sunting | sunting sumber]

Orang Hawaii mengenali Tangaroa dengan sebutan turunan Kanaloa; kefahaman mengenai dewa ini dari segi kepercayaan ada beza di mana dia dianggap sama ada setaraf mahupun[4] lebih rendah dari Kane.[5] Dewa ini dikaitkan dengan pulau Kahoʻolawe yang dianggap salah satu jelmaannya.[6]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ In the traditions of the Taranaki region, it is Tangaroa who forcibly separates Rangi and Papa from each other.[1] In the traditions of most other regions of New Zealand, Rangi and Papa were separated by Tāne, atua of the forest.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Smith, A. (1993). Songs and Stories of Taranaki from the Writings of Te Kahui Kararehe. Christchurch: MacMillan Brown Centre for Pacific Studies. m/s. 1–2.
  2. ^ a b Grey, George (1971) [1854]. Nga Mahi a Nga Tupuna (ed. ke-4). Wellington: Reed.
  3. ^ Orbell, Margaret (1998). Concise Encyclopedia of Maori Myth and Legend. Christchurch: Canterbury University Press. m/s. 146–147. ISBN 0-908812-56-6.
  4. ^ Beckwith, Martha W. (June 1, 1982). Hawaiian Mythology (ed. 3rd). Honolulu, Hawaii, United States of America: University of Hawaii Press. ISBN 9780824805142.
  5. ^ Au, Jane (December 2018). He Hulikoʻa Kanaloa - Seeking The Depths of Kanaloa (PDF) (Tesis). University of Hawaiʻi at Mānoa. m/s. 74–75.
  6. ^ "Kahoʻolawe: Rebirth of a sacred island". Kumukahi. Kamehameha Publishing. Dicapai pada 6 Mei 2021.