Pergi ke kandungan

Tangkal sawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tangkal sawang di Muzium Diraja Ontario, Toronto, Kanada

Tangkal sawang (bahasa Ojibwe: ᐊᓴᐱᑫᔒᓐ asabikeshiinh, dalam bahasa Inggeris: dreamcatcher "jerat mimpi") digunakan masyarakat asli peribumi Ojibwe serata Amerika Utara pada buaian anak-anak mereka dipercayai boleh menghalau semangat jahat yang mengganggu semasa tidur; ia berasal dari kepercayaan mereka terhadap suatu lembaga iaitu "Nenek Lelabah" (ᐊᓴᐱᑳᔑ Asibikaashi) yang dipercayai sebagai penunggu tanah dan penjaga anak-anak lalu sawang dikait untuk menyeru dan meminta perlindungan dari lembaga ini.[1][2]

Pengetahuan barang ini sampai dalam kalangan keturunan pendatang Eropah moden ke benua Amerika dalam kepercayaan ciptaan New Age yang banyak mempergunakan amalan budaya dan agama masyarakat asli sewenang-wenangnya.

Rekaan moden serupa tangkal yang dikomersilkan barangkali bukan dari orang asli Ojibwe
  1. ^ Densmore, Frances (1929, 1979) Chippewa Customs. Minn. Hist. Soc. Press; m/s. 113.
  2. ^ Terry Lusty (2001). "Where did the Ojibwe dream catcher come from?". Alberta Sweetgrass. volume 8, issue 4: The Aboriginal Multi-Media Society. m/s. 19.CS1 maint: location (link)