Tania Hudson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tania Hudson
KelahiranTania Nadira binti Mohd Redzuan
(1985-10-07) 7 Oktober 1985 (umur 33)
Ipoh, Perak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Warganegara
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini
SaudaraNatasha Hudson (kakak)

Tania Nadira Hudson (lahir 7 Oktober 1985)[1] merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan adik kepada pelakon, Natasha Hudson.[2] Beliau terkenal dengan peranan lakonannya di televisyen termasuk Mayang Mengurai (2010) dan Encik Suami Mat Salih Celup (2017). Selain itu, beliau juga terkenal dengan peranan filem termasuk Abang Long Fadil 2 (2017) dan KL Special Force (2018) yang kedua-duanya arahan Syafiq Yusof.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Tania Nadira binti Mohd Redzuan pada 7 Oktober 1985 di Ipoh, Perak dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Kakaknya, Natasha Liana, juga bergiat aktif sebagai pelakon. Seperti kakaknya, beliau juga menggunakan nama keluarga ibunya, ‘Hudson’.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tania sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam bidang lakonan, tetapi kurang menyerlah dan kelibatnya sukar dilihat dalam drama ataupun filem.[5] Tania juga aktif dalam iklan komersial dan mula aktif pada usia 18 tahun. Antara iklan yang pernah dijayakannya ialah Kamera Ixus, F&N, Hotlink, Seawhite Skincare.[6]

Tania memegang watak judul dalam siri drama Mayang Mengurai yang disiarkan di TV3 dari 12 Januari hingga 11 Februari 2010.[7] Beliau membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi filem aksi 2014, Balistik lakonan Rosyam Nor dan Rita Rudaini.[8]

Tania digandingkan bersama Zizan Razak dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof,[9] memegang watak sebagai Yana, wartawan TVKL.[10][11] Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2017 hingga meraih kejayaan komersial, dan turut menyaksikan kemunculan semulanya dalam bidang lakonan.[12] Persembahannya dalam filem ini melayakkan Tania tercalon bagi kategori Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-29.[13] Beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Syafiq menerusi filem aksi jenayah yang meraih kutipan pecah panggung, KL Special Force lakonan Syamsul Yusof, Fattah Amin dan Rosyam Nor. Tania memegang watak sebagai Mia, tunang kepada Inspektor Zul lakonan Fattah.[3][14]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tania berdarah kacukan Melayu dan Australia, beliau menghidap penyakit Arteriovenous malformation (AVM) sejak usia kecilnya dan kini kembali pulih dan sihat. Sepanjang tempoh menghidap penyakit itu, beliau bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan.[15]

Sebelum ini, beliau pernah digosipkan menjadi punca perpisahan pelakon Fattah Amin dan Neelofa, namun beliau menafikan dakwaan tersebut.[16] Beliau turut menafikan mempunyai hubungan dengan Fattah.[17] Tania dilaporkan mempunyai lebih 60,000 pengikut di laman Instagram beliau.

Dalam satu temuramah bersama Malaysian Digest pada Jun 2017, Tania mengakui terasa janggal meraikan Hari Raya Aidilfitri di kampung. "Selalunya dua hari sebelum raya memang kami sekeluarga akan balik ke kampung. Keluarga ibu saya besar, dia ada 12 adik beradik. Jadi hari raya memang sangat meriah."[18]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2014 Balistik Zira Silver
Mana Mau Lari Penyambut chalet Abdul Razak Mohaideen Penampilan khas
2017 Abang Long Fadil 2 Yana Syafiq Yusof
2018 KL Special Force Mia

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2010 Mayang Mengurai Mayang Mengurai TV3
Tiramisu TV3
2012 Friday I'm In Love Janna TV9
2013 Surat Dari Langit Biru Lisa TV3
2016 Kasih Dari Langit TV AlHijrah
2017 Cucu Tauke Beras Atikah TV3
Encik Suami Mat Salih Celup Yazmin TV3
2018 Sejadah Untuk Dia Suraya Astro Oasis

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Antara Denai
Lagu Kita
2010 Nadira Nadira
Tika Cinta Berbisik Diahana TV1
2011 Dekat Padaku Hani TV1

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Pelakon Harapan Wanita Tania Hudson, Abang Long Fadil 2 Dicalonkan [13]
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular N/A Dicalonkan
Pasangan Serasi Filem (bersama Zizan Razak) N/A Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Tania Hudson Azhan.co (19 April 2017). Diperoleh pada 11 Oktober 2017.
  2. ^ Siti Athirah Dzulkifly (20 Ogos 2017). Tania Hudson: Kuatnya si pejuang hidup Utusan Malaysia. Diperoleh pada 2 Mei 2017.
  3. ^ a b Angelin Yeoh (26 Mac 2018). "Tania Hudson wants to do more action movies". Star2. Dicapai 2 April 2018. 
  4. ^ Ardini Sophia Sina (7 Julai 2018). "Terbuka terima tawaran". Harian Metro. Dicapai 8 Julai 2018. 
  5. ^ Amirul Haswendy Ashari (20 Februari 2018). "'Bukan tiada tawaran'". Harian Metro. Dicapai 26 Mei 2018. 
  6. ^ "7 Perkara Kamu Perlu Tahu Tentang Tania Hudson". Cosmopolitan Malaysia. 21 Disember 2016. Dicapai 1 Januari 2017. 
  7. ^ Raja Intan Dianna Raja Azaham (18 Januari 2010). "Mayang Mengurai, Rapunzel Melayu". Utusan Malaysia. Dicapai 8 Julai 2018. 
  8. ^ Naufal Idris. "Tania Hudson tidak pilih watak". Karangkraf. Dicapai 12 Mei 2017. 
  9. ^ Zaidi Mohamad (10 Januari 2016). "Tania Hudson tak tahan usikan Zizan Razak". Berita Harian. Dicapai 29 Mei 2018. 
  10. ^ "Jadi 'Wartawan Penyiaran', Tania Hudson Hanya Belajar Dari Youtube". Astro Gempak. 22 Ogos 2017. Dicapai 1 Januari 2018. 
  11. ^ "Tania sedia lakonan dikritik". Utusan Malaysia. 12 Ogos 2017. Dicapai 26 Mei 2018. 
  12. ^ Ridzuan Abd Rahman (11 Julai 2016). "Tania kembali aktif". Harian Metro. Dicapai 22 Jun 2018. 
  13. ^ a b Izwan Mohd Isa (26 September 2017). Natasha Hudson masih mahu berlakon Kosmo!. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  14. ^ NurFarhana Mohamed (22 Februari 2018). "Tania kian selesa atur langkah". Utusan Malaysia. Dicapai 2 April 2018. 
  15. ^ "Tania Hudson opens up". The Star (Malaysia). 26 Mei 2016. Dicapai 2 April 2018. 
  16. ^ Kemalia Othman (20 Disember 2016). ""Saya Dan Fattah Amin Sekadar Kawan Biasa" - Tania Hudson". mStar Online. Dicapai 2 April 2018. 
  17. ^ "Tania Hudson nafi bercinta dengan Fattah Amin". Utusan Malaysia. 20 Disember 2016. Dicapai 13 Jun 2017. 
  18. ^ ""Tak syok Raya di KL" - Tania Hudson". Malaysian Digest. 28 Jun 2017. Dicapai 24 Jun 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]