Tanjong Rawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tanjong Rawa yang terletak di negeri Perak merupakan satu tapak carigali yang penting.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tanjong Rawa merupakan tapak persisiran di utara negeri Perak, di Semenanjung Malaysia, yang merupakan tapak carigali yang penting yang bertarikh antara 600-1100 AD. Tanjung Rawa adalah penting kerana di situ terdapat bukti mengenai hubungan perdagangan awal dengan India.

Carigali di tapak sini membongkar pasak rumah bertiang yang kemungkinannya dibina atas paya, tapak pengkebumian dalam keranda perahu, barangan tembikar yang menyerupai Pontian, cop Indian, barangan batu China, dan sisa industri manik berukir yang bertarikh dari abda pertama AD. Tapak ini kemungkinannya merupakan stesyen perdagangan antara 600-1100 AD.[1]

Selain itu terdapat cincin emas dengan motif Hindu dan cop carnelian yang dipercayai bertarikh abad ke empat C.E. berdasarkan teks Sanskrit ringkas padanya. Selain itu serpihan tembikar seramik yang diimport dari China turut membuktikan hubungan perdagangan dengan negeri China.

Turut ditemui adalah patung Dewa Vishnu. Malangnya, patung tersebut hilang di Muzium Taiping semasa Perang Dunia Kedua. [2]

Ujian pentarikhan karbon membuktikan bahawa Tanjung Rawa telah diduduki secara berterusan sejak abad ke tiga sehingga kelapan C.E. Bukti arkheologi menunjukkan penduduknya menanam mayat mereka yang mati dalam keranda perahu kayu. Ini membayangkan bahawa mereka terdiri daripada golongan pelaut yang handal.

Manik batu agak bernilai[sunting | sunting sumber]

Manik batu yang dijumpai di Tanjong Rawa, pulau Kalumpang, Kuala Selinsing merupakan jenis yang sama dengan yang dijumpai di Wari-Bateshwar. Manik jenis sama juga dijumpai di Mahasthan, Bangladesh, Bangarh, Chandraketugarh, Harinarayanpur dan Deulpota di Bengal Barat, India. Manik berukir juga didapati di beberapa negara di Asia Tenggara termasuk Myanmar (di Beikthano), Indonesia (di gua Leang Buidane di Pulau Salebabu) dan di Pulau Palawan, Filipina. Ia turut didapati di province Yunnan di China, satu di Makam 13 di Shi Zhai Shan dan satu lagi di Makam 24 di Lijiashan bertarikh sejak tempoh Han Barat (Jahan, 2002: 133).

Jumpaan manik berukir, manik jenis agate khas dan manik carnelian dengan rekabentuk ukiran putih pada permukaan licin mereka, merupakan petunjuk penting mengenai hubungan perdagangan antara Asia Selatan dan Tenggara semasa Tempoh Sejarah Awal.[3]

Tanjung Rawa terletak di muara sungai Selinsing, di persisiran barat Malaysia, di negeri Perak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]