Tanjung (pokok)
Bunga tanjung بوڠا تنجوڠ | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | M. elengi L.
|
Nama binomial | |
Mimusops elengi L. |
Bunga tanjung (Mimusops elengi) dari famili Sapotaceae berasal dari kepulauan Indo-Cina dan Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali dengan nama-nama serantau Nusantara seperti tanjong (Bug., Mak.), tanju (Bim.), keupula cangè (Aceh), dan kahekis, karikis, kariskis, rekes (aneka bahasa di Sulawesi Utara).[1]
Pokok yang boleh mencapai ketinggian sekitar 3 meter ini mempunyai ciri yang amat digemari oleh pereka landskap dan peminat landskap iaitu bunganya yang berbau wangi serta buahnya yang menarik burung dan haiwan lain untuk datang. Bahagian yang digunakan ialah kayu, kulit batang, daun dan bunga. [2], Medlar[2], and Bullet wood.
Bunga ini pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas ia dimasyhurkan kemerdekaannya sebelum dikalahkan dari bunga-bunga lain oleh bunga raya pada 1960.[3]
Gambaran pokok
[sunting | sunting sumber]Pokok Bunga Tanjung berukuran sedang adalah pokok malar hijau mencecah ketinggian sekitar 15-16 m. Ia berbunga pada April, dan berbuah berlaku sekitar bulan Jun. Daunnya berkilat, hijau gelap, berbentuk bujur telur hingga melonjong jangat, sepanjang 5–16 cm dan 2.5–6 cm lebar. Tepinya rata namun menggelombang. Daun yang termuda berbulu coklat yang segera gugur.[4]
Bunganya krim, berbulu dan wangi. Ia kembang berjantina berasingan atau dua sekaligus menggantung di ketiak daun, berbilangan-8, berbau enak semerbak. Kelopak dalam dua karangan, bertaju empat-empat; mahkota dengan tabung lebar dan pendek, dalam dua karangan, 8 dan 16, yang terakhir adalah alat tambahan serupa mahkota, putih kekuning-kuningan. Stamennya 8, berseling dengan staminodia yang hujungnya bergigi. Buah seperti beri, berbentuk gelendong, bulat telur panjang seperti peluru, 2–3 cm, akhirnya merah jingga, dengan kelopak yang tidak rontok. Biji kebanyakan 1, gepeng, keras mengilat, perang kehitaman.[4]
Kulit kayunya adalah tebal dan kelihatan perang gelap kehitaman atau kelabu gelap, dengan lapisan dan beberapa rekahan pada permukaan. Pokok mungkin mencecah ketinggian 30–60 kaki dengan ukur lilit sekitar 1 m.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
- Merawat ruam bernanah
- Merawat sakit gigi dan boleh menghilangkan nafas berbau.
- Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari
- Merawat luka.
- Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.
- Merawat ozena atau rinitis
- Mewangikan rambut.
- Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita.
Minyak yang diekstrak dari biji tumbuhan ini mengandungi beberapa asid lemak. Air seduhan akarnya yang dicampur dengan cuka dapat digunakan untuk mengubati sakit tekak.[5]
Kayu
[sunting | sunting sumber]Kayu baka parvifolia yang biasa tumbuh dekat pantai setinggi 25 m dan segemang 40 cm padat, berat, dan keras dipilih sebagai bahan pasak dalam pembuatan perahu, untuk tangkai tombak dan tangkai perkakas lain, almari dan perabot, serta untuk tiang rumah.[1]:1590 Kayu tanjung juga baik untuk dijadikan bahan ukiran, patung, penutup lantai, jambatan, dan bantalan landasan kereta api.[6]
Kayu teras tanjung coklat tua, sedangkan lapisan keliling atau "gubal"nya berwarna lebih muda dengan batas-batas yang jelas. Teksturnya halus dan merata, dengan arah serat lurus, agak bergelombang atau sedikit berpadu. Berat jenis kayu berkisar antara 0.92–1.12 (rata-rata 1,00), dan termasuk kelas kuat I. Kayu tanjung tergolong mudah dikerjakan dengan hasil yang amat baik; ia dapat diserut, dibor, dilubangi persegi, dan diamplas dengan hasil yang sangat baik; serta dibentuk dan dibubut dengan hasil yang baik hingga sangat baik.[6]
Keawetan kayu tanjung termasuk dalam kelas I-II; daya tahannya terhadap jamur pelapuk kayu termasuk kelas II, sementara terhadap rayap kayu kering termasuk kelas IV (tidak awet). Dalam pada itu, keterawetannya tergolong sedang.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Heyne, Karel (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. 3. Jakarta: Yayasan Sarana Wana Jaya. m/s. 1588–1590.
- ^ a b Bailey, L.H.; Bailey, E.Z.; the staff of the Liberty Hyde Bailey Hortorium. 1976. Hortus third: A concise dictionary of plants cultivated in the United States and Canada. Macmillan, New York.
- ^ 蒲洁仪 (2024-08-28). "7种花之中被挑选 大红花成国花的由来" (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2024-08-28.
- ^ a b van Steenis, C.G.G.J (1981). Flora, untuk sekolah di Indonesia. Jakarta: PT Pradnya Paramita. m/s. 338–339.
- ^ A.P. Dharma (1987). Indonesian Medicinal Plants. Jakarta: Balai Pustaka. m/s. 190. ISBN 979-407-032-7.
- ^ a b c A. Martawijaya; I. Kartasujana; Y.I. Mandang; S.A. Prawira; K. Kadir (1989). Atlas Kayu Indonesia. 2. Bogor: Balitbang Kehutanan. m/s. 131–135.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bunga Tanjung |
- Sumber utama
- Brock, J., Top End Native Plants, 1988. ISBN 0-7316-0859-3
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora and Fauna Web Lembaga Taman Negara Singapura