Tanjung Stapa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tanjung Stapa terletak di tepi laut berhampiran Kota Tinggi,Johor,Malaysia.

Pencemaran laut[sunting | sunting sumber]

Pada 4 September 2009, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan sebuah kapal tangki kerana melakukan pembersihan tangki minyak secara haram, di perairan Tanjung Stapa.

Kapal berdaftar di Panama itu dikendalikan oleh 25 orang krew. Mereka dari Songkhla, Thailand ke pulau Batam, Indonesia. Malangnya ketika di kedudukan 1.7 batu nautika kapal ini membuang sisa-sisa minyak ke dalam laut. Kesalahan itu dikesan oleh bot laju APMM ketika melakukan rutin rondaan bersama Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor jam 2.30 petang. Jabatan Alam Sekitar boleh kompaun mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Selatan ialah Laksamana Pertama Che Hassan Jusoh.

Nelayan atau orang ramai hendaklah melaporkan aktiviti pembuangan minyak di laut bagi membanteras kejadian seumpama itu. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]