Tanya Linda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tanya Linda merupakan satu rancangan berbentuk temu bual yang terdapat dalam saluran Astro Ria, Malaysia. Rancangan ini dihoskan oleh Linda Onn, seorang DJ radio terkenal dari Era FM. Kini Tanya Linda telah disiarkan oleh Astro Ria untuk musim ketiga.

Tanya Linda mengutarakan pelbagai masalah dan topik yang menarik seperi masalah keluarga serta isu-isu terkini dalam masyarakat. Dalam rancangan ini, empat orang panel dari pelbagai bidang seperti artis, tokoh politik, orang ternama, serta pakar dalam sesuatu bidang akan dijemput untuk membincangkan dan mengupas serta mendebatkan mengenai topik-topik tersebut. Penonton-penonton di studio juga dapat menyumbang dengan memberi idea-idea bernas mereka.