Tanzimat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tanzimat (تنظيمات), bermakna penyusunan semula Empayar Uthmaniyyah, adalah tempoh pembaharuan yang bermula pada tahun 1839 dan berakhir pada Era Perlembagaan Pertama pada tahun 1876. Pembaharuan Tanzimat digambarkan sebagai cubaan untuk memodenkan empayar, dan melindungi integriti wilayahnya daripada pergerakan nasionalis dan kuasa-kuasa agresif. Pembaharuan ini bertujuan untuk mengintegrasikan bukan Islam dan bukan Turki ke dalam masyarakat Turki Uthmaniyyah dengan memberi mereka lebih kebebasan sivil dan kesaksamaan.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Idea Tanzimat ini muncul daripada Sultan yang mahukan reformasi seperti Sultan Mahmud II dan Abdülmecid I termasuk juga beberapa pegawai kerajaan yang berpendidikan barat yang menganggap bahawa institusi agama dan ketenteraan Uthmaniyyah tidak lagi relevan dengan keperluan empayar di dunia moden ini. Kebanyakan perubahan yang dibuat adalah simbolik, seperti perubahan pakaian, bertujuan untuk mengubah pemikiran golongan pentadbir empayar tersebut. Kebanyakan pegawai-pegawai kerajaan digalakkan untuk memakai pakaian yang lebih bercorakkan "barat". Usaha seperti ini dibuat untuk menerima adat orang-orang Eropah yang terbukti lebih sesuai pada era tersebut. Usaha reformasi ini amat dipengaruhi oleh Kod Napoleon dan Undang-undang Empayar Kedua Perancis kerana ramai pelajar-pelajar Uthmaniyyah yang menuntut ilmu di sana. Antara usaha yang telah dibuat seperti pengerahan sejagat; pendidikan, institusi, dan undang-undang; dan usaha sistematik untuk menghapuskan gejala rasuah. Termasuk juga satu polisi Tanzimat yang dinamakan sebagai "Ottomanism", iaitu satu polisi yang boleh menyatukan semua kesemua rakyat yang berbeza bangsa dan agama( Orang Islam dan bukan Islam, Turki, Yunani, Armenia, Yahudi, Kurd dan Arab). Polisi Tanzimat ini bermula dengan Titah Gülhane(Edict of Gülhane) 1839, yang mengisytiharkan bahawa orang Islam dan bukan Islam adalah sama.

Nota[sunting | sunting sumber]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  • Edward Shepherd Creasy, History of Ottoman Turks; From the beginning of their empire to the present time, London, Richard Bentley (1854); (1878).
  • Maurizio Costanza, La Mezzaluna sul filo - La riforma ottomana di Mahmûd II, Marcianum Press, Venezia, 2010
  • Nora Lafi, "The Ottoman Municipal Reforms between Old Regime and Modernity: Towards a New Interpretative Paradigm", Istanbul, 2007

http://halshs.archives-ouvertes.fr/docs/00/14/62/10/PDF/LafiEminonuOttomanReforms.pdf

  • LAFI (Nora), Une ville du Maghreb entre ancien régime et réformes ottomanes. Genèse des institutions municipales à Tripoli de Barbarie (1795–1911), Paris: L'Harmattan, (2002).
  • LAFI (Nora), Municipalités méditerranéennes. Les réformes municipales ottomanes au miroir d'une histoire comparée, Berlin: K. Schwarz, (2005).
  • Davidson, Roderic H, Reform in the Ottoman Empire, 1856-1876 New York, 1973
  • Mehmet Maksudoglu, Osmanli History (1289-1922): Based on Osmanli Sources, International Islamic University Malaysia, 1999

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]