Tapak angsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Tapak angsa[1] atau nama saintifiknya Syngonium podophyllum Schott[2][3] ialah sejenis pokok seperti keladi yang menjalar dan juga bersifat semiepifit[4]. Daun tumbuhan ini yang tajam bercabang membuatkannya turut digelar selaku pokok tapak naga, kaki angsa[5], arrow head mahupun goosefoot[6].

Syngonium podophyllum
(Tapak angsa cabang)
Keladi menjalar.jpg
Pokok tapak angsa atau kaki angsa
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
S. podophyllum Schott.
Nama binomial
Syngonium podophyllum
Sinonim
  • Syngonium podophyllum var. typicum Engl.
  • Syngonium peliocladum Schott
  • Pothos auritus Willd.
  • Arum auritum Vell. 1831, illegitimate homonym, not L. 1759
  • Xanthosoma gracile Miq.
  • Syngonium ruizii Schott
  • Syngonium vellozoanum Schott
  • Syngonium affine Schott
  • Syngonium decipiens Schott
  • Syngonium gracile (Miq.) Schott
  • Syngonium poeppigii Schott
  • Syngonium riedelianum Schott
  • Syngonium willdenowii Schott
  • Syngonium xanthophilum Schott
  • Syngonium amazonicum Engl.
  • Syngonium ternatum Gleason

Pokok yang berasal dari benua Amerika Selatan ini telah tersebar meluas di kawasan tropika disebabkan oleh industri tanaman hiasan. Walaupun pokok ini mudah dijaga, mudah membiak dan hidup di kawasan panas dan lembab, tumbuhan ini bukanlah tumbuhan penakluk.

Tumbuhan ini mudah ditemui di kawasan semak samun, ladang kelapa sawit dan kawasan tepi taman perumahan di mana pokok ini sukar untuk dilupuskan dengan baik.

Penghuraian[sunting | sunting sumber]

Pokok tapak angsa ini ialah tumbuhan tidak berubi. Batangnya nyata, menghasilkan cabang tunas dengan tangkai daun terletak pada ruas, bergabus, tiada cabang dan bercantum sempurna pada daun. Tunas daun baru terbentuk pada pucuk atau daun pembantu. Daunnya berbentuk kepala anak panah yang tajam di bawah, terbahagi dua di atas dan berbentuk tajam di kedua-dua belah hujung pada peringkat muda. Apabila matang, daun akan bercabang tiga, lima atau tujuh lalu mempunyai bentuk seperti tapak angsa. Daunnya kalis air dan mempunyai lapisan seperti lilin di permukaan daun. Anak pokok baru boleh tumbuh dari batang keladi dan terpisah daripada umbi utama. Walaupun hanya daripada batang tunggal, akarnya yang muncul di ruas batang boleh berfungsi sebagai pepaut. Dengan kebolehan ini, pokok ini boleh "memanjat" sokongan lain untuk bersaing mendapatkan cahaya matahari[7].

Gambar[sunting | sunting sumber]

Pokok arrowhead, Syngonium podophyllum
Sisi bawah daun Syngonium podophyllum
Tapak angsa jenis "White Butterfly"
Bunga selundang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]