Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia dan merupakan bandaraya yang terbesar sekali dan paling ramai penduduk. Kuala Lumpur banyak membekalkan bangunan-bangunan lama yang dibina semasa zaman pemerintahan British. Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dijalankan di kota ini juga.
Muzium Negara sebelum ini dikenali sebagai Muzium Selangor yang direka oleh Jabatan Muzium ketika itu. Namun Muzium Selangor itu musnah akibat ancaman tentera Jepun ketika menyerang Kuala Lumpur. Kemudian Muzium itu dibina semula dan diberi nama Muzium Negara sekitar tahun 1960 an.