Tapak sulaiman berduri
| Tapak sulaiman berduri Bulu seribu | |
|---|---|
| A. planci di dasar lagun dekat Réunion. | |
| Pengelasan saintifik | |
| Nama binomial | |
| Acanthaster planci |
Tapak sulaiman berduri[1] atau bulu seribu (nama saintifik: Acanthaster planci)[2] ialah spesies tapak sulaiman yang besar dan mempunyai lebih banyak lengan berduri daripada tapak sulaiman biasa.[3] Spesies ini mempunyai taburan yang sangat luas; ia mungkin paling biasa ditemukan di sekitar Australia, tetapi ia juga boleh dijumpai di latitud tropika dan subtropika dari Laut Merah dan pantai Afrika Timur merentasi Lautan Hindi, dan merentasi Lautan Pasifik ke pantai barat Amerika Tengah. Spesies ini hanya boleh bertahan dalam air yang bersuhu antara 14–33 darjah Celsius.[4]
Ia duduk di mana terumbu karang atau karang keras ada di kawasan-kawasan ini. Ia memangsa polip karang yang keras atau berbatu dari order Scleractinia. Pemangsaan karang ini sangat cekap, kebanyakan organisma pemangsa karang hanya menyebabkan kerosakan tisu atau luka kecil, tetapi spesies A. planci dewasa boleh memusnahkan banyak koloni karang.[5]
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Nama bulu seribu digunakan di Kepulauan Seribu.[6]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Tapak-tapak sulaiman spesies ini mempunyai banyak warna bergantung kepada lokasi penemuannya. Populasi-populasi spesies ini yang ditemukan di perairan Thailand dan Terumbu Sawar Besar berdekatan Australia berwarna merah dan kelabu, populasi yang ditemukan di Hawaii berwarna hijau dan merah, populasi yang ditemukan di perairan Indonesia berwarna kelabu, ungu, hijau dan biru.[7]
Perut membentuk sebahagian besar badan spesies.[3]
Seekor tapak sulaiman spesies ini mempunyai antara 8–21 lengan.[7] Lengan-lengannya fleksibel dan banyak berduri.[3]
Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Spesies tapak sulaiman ini memangsakan karang dengan memuntahkan usus-usus isi perutnya menutup permukaan koloni karang, isi perut ini dimuntahkan dengan keluasan 1.6 meter persegi.[8] Isi perut ini merembeskan enzim yang memecahkan lemak dalam badan karang dan mengurai-uraikannya. Proses pencernaan ini memakan masa antara 4 hingga 6 jam.[4] Bangkai karang yang habis dimakan hanya tinggal tulang-belulang putih.[9] Selepas itu, tapak sulaiman ini berhenti makan dalam tempoh selama 12 hingga 70 jam.[8]
Seekor tapak sulaiman spesies ini dapat menyambar koloni-koloni karang hidup seluas 5–6 meter persegi dalam masa 1 tahun.[8]
Ekologi
[sunting | sunting sumber]Ia merebak di Pulau Tioman. Jabatan Taman Laut Malaysia menjalankan kerja gotong-royong membersihkan spesies ini di perairan pulau tersebut semasa musim monsun barat daya dari Mac hingga September.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Kim. K. H. dll. 1997, m/s. 85.
- ↑ Suharsono 1991, m/s. 1–2.
- 1 2 3 Birkeland & Lucas 1990, m/s. 97–98.
- 1 2 Suharsono 1991, m/s. 3.
- ↑ Pratchett, Morgan; Uthicke, Sven (2017). Biology, Ecology and Management of Crown-of-Thorns Starfish. Basel, Switzerland: MDPI Books. ISBN 978-3-03842-603-5. Dicapai pada 26 Oktober 2022.
- ↑ Suharsono 1991, m/s. 6–7.
- 1 2 Suharsono 1991, m/s. 2.
- 1 2 3 Madl, Pierre (1998). "Acanthaster planci (An overview of the crown of thorns starfish)". Department of Physics and Biophysics. Universiti Salzburg. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2014.
- ↑ Belk, D (1975). "An observation of algal colonization on Acropora aspera killed by Acanthaster planci". Hydrobiologia. 46 (1): 29–32. Bibcode:1975HyBio..46...29B. doi:10.1007/bf00038724. S2CID 25260922.
- ↑ Chak, Solomon T. C.; Dumont, Clement P .; Kee-Alfian, Abd. Adzis; Yewdall, Katie (Februari 2018). "Effectiveness of the removal of coral-eating predator Acanthaster planci in Pulau Tioman Marine Park, Malaysia". Journal of the Marine Biological Association of the United Kingdom (dalam bahasa Inggeris). 98 (1): 183–189. doi:10.1017/S002531541600117X. ISSN 0025-3154.
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]- Birkeland, C.; Lucas, J.S. (1990). Acanthaster planci: Major Management Problem of Coral Reefs. Boca Raton, Florida, Amerika Syarikat: CRC Press. ISBN 978-0-8493-6599-7.
- Kim. K. H.; Cheah S. H.; M. A. Muhammad; Ishalingam V.T.; Liew H. C. (1997). "Pharmacological and Toxicity Studies on Crown of Thorns Starfish". Jurnal Biosains. 9 (1 & 2): 85–94.
- Suharsono (1991). "Bulu Seribu (Acanthaster planci)" (PDF). Oseana. 16 (3): 1–7.