Tapisan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tapisan atau penapis merujuk kepada satu alat yang digunakan bagi mengasingkan antara pepejal dengan cecair. Sebagai contoh penapis digunakan bagi menapis habuk teh, kopi bagi mengelakkan habuk tersebut masuk kedalam minuman apabila diminum.

Pelbagai jenis tapisan daripada tapisan kain dan plastik.

Pada umumnya terdapat pelbagai jenis tapisan, daripada yang diperbuat daripada plastik, kain kapas, dan juga besi. Tapisan plastik adalah ringan, murah, mudah digunakan dan dibersihkan. Tetapi ia tidak tahan panas, dengan itu tidak bileh digunakan bagi menapis minyak.

Tapisan besi tahan panas dan mudah dibersihkan, tetapi berat, lebih mahal, dan mudah berkarat. Tetapi ia tahan panas dan boleh digunakan bagi menapis minyak panas.

Tapisan kain tahan panas, ringan, mampu menapis dalam jumlah yang banyak, tetapi ia lebih sukar dibersihkan berbanding tapisan lain.

Selain digunakan bagi penyediaan makanan, tapisan juga digunakan bagi tujuan pengasingan, antara lain adalah, penapis udara dalam kereta, dan penyaman udara, tapisan perangkap sampah dan lain-lain.