Taqdir (filem)
| Taqdir | |
|---|---|
| Pengarah | Omar Rojik |
| Penulis | Ahmad Mahmud |
| Lakon layar | Omar Rojik |
| Cerita oleh | Ahmad Mahmud |
| Dihasilkan oleh | Vee Meng Shaw |
| Dibintangi | Jins Shamsuddin S. Kadarisman Saadiah Zaiton |
| Muzik oleh | Yusof B |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 1965 |
Masa tayangan | 110 Minit |
| Negara | |
| Bahasa | Melayu |
Taqdir merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1965. Filem Taqdir diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
[sunting | sunting sumber]Filem ini diarahkan oleh Omar Rojik pada 1965.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Filem ini mengisahkan Perdana Menteri yang sangat mencemburui dan iri hati kepada Panglima Meranti kerana baginda Raja telah mengurniakan darjah kebesaran dan sering mendengar kata-kata nasihat daripada Panglima Meranti. Oleh itu, Perdana Menteri dan Pawang telah berkomplot dan berpakat untuk menjatuhkan Panglima Meranti. Pelbagai tuduhan dan hasutan yang dibuat oleh mereka terhadap Panglima Meranti agar memberi kemurkaan kepada baginda Raja.
Akhirnya mereka berjaya menfitnah Panglima Meranti yang dituduh menderhaka kepada Raja lalu dicampak dan dihukum di Pulau Puaka. Perdana Menteri juga telah bertindak lebih kejam dengan membunuh isteri Panglima Meranti dan membakar rumahnya. Tuan Guru Maulana Osman dan 4 orang anak buahnya (dari Parsi) kebetulan ada di Pulau Puaka kerana mereka terdampar akibat kerosakan pada rakit mereka. Mereka telah menemui dan menyelamatkan Panglima Meranti.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Jins Shamsuddin sebagai Panglima Meranti
- S. Kadarisman sebagai Perdana Menteri
- Saadiah sebagai Puteri Cemara
- Zaiton sebagai Mayang / Permaisuri
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Kemat Hassan sebagai Raja
- Omar Suwita sebagai Pawang
- Aziz Sattar sebagai Gelam
- Normadiah sebagai Selasih
- A. Rahim sebagai Panglima Jati
- H. M. Busra sebagai Mohd Yusuf
- Kassim Masdor sebagai Abdul Rahman @ Aman
- Mustarjo
Penyanyi & Lagu
[sunting | sunting sumber]- R. Ismail & Rafeah Buang - Cinta Serumah Tangga
- Normadiah - Tidur Intan Tidur Sayang
- Aziz Sattar