Tara Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tara Air
Fail:Tara Air logo.jpg
IATA ICAO Pengenal
TB [1] TRA N1 TARA AIR
Ditubuhkan2009
HabLapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu
Hab keduaLapangan Terbang Nepalganj, Lapangan Terbang Pokhara
Pesawat6
Destinasi14
Syarikat indukYeti Airlines
Ibu pejabatKathmandu, Nepal
Orang pentingLhakpa Sonam Sherpa
Laman webwww.taraair.com

Tara Air Pvt. Ltd. adalah sebuah syarikat penerbangan dengan ibu pejabatnya di Kathmandu, Nepal.[2] Ianya adalah anak syarikat Yeti Airlines. Tara Air dibentuk pada tahun 2009 menggunakan pesawat daripada Yeti Airlines dan berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, dengan hab sekunder di lapangan terbang Surkhet dan Nepalganj. Syarikat penerbangan ini mengendalikan penerbangan berjadual dan perkhidmatan sewa udara dengan pesawat STOL yang sebelum ini disediakan oleh Yeti Airlines. Operasinya tertumpu kepada perkhidmatan lapangan terbang terpencil dan pergunungan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tara Air DHC-6 Twin Otter di Lapangan Terbang Simikot

Tara Air dibentuk pada tahun 2009 apabila Yeti Airlines memecahkan operasi pesawat STOL dari operasi serantaunya.[3] Operasi STOL syarikat penerbangan itu dijenamakan semula sebagai Tara Air dan memberi tumpuan penyediaan perkhidmatan ke lapangan terbang terpencil, pergunungan dan landasan udara.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Airline Code Search Result". Av Codes. Dicapai pada 10 October 2017.
  2. ^ "Profile on Tara Air | CAPA". Centre for Aviation. Dicapai pada 2013-06-08.
  3. ^ "About Us". Tara Air. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-09. Dicapai pada 2013-06-08. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)