Tarbiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tarbiyah)
Lompat ke: pandu arah, cari

Tarbiah (atau tarbiyah, tarbiyyah) berasal daripada perkataan bahasa Arab bererti pendidikan atau pengasuhan. Manakala dari segi istilah, perkataan tarbiyyah bermaksud cara terbaik (ideal) dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung (berupa kata-kata) mahupun secara tidak langsung (berupa keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilahnya yang khas) untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik.[perlu rujukan]

Petikan terkenal oleh Syeikh Mustafa Masyhur berkeanaan tarbiah:

Tarbiah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah.[1]

Jenis-jenis tarbiah[sunting | sunting sumber]

Tarbiyyah fardhi[sunting | sunting sumber]

Tarbiyyah jamaie[sunting | sunting sumber]

Tarbiyyah dzatiyyah[sunting | sunting sumber]

Tarbiyyah Islamiyyah[sunting | sunting sumber]

Tarbiyyah Islamiyyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan sunnah Rasulullah s.a.w..[perlu rujukan] Sumber-sumber ini adalah sumber-sumber rabbani. Dalam pengertian yang lebih khusus Tarbiyyah Islamiyyah bererti proses mempersiapkan individu dengan persediaan yang menyentuh seluruh aspek kehidupannya, meliputi: rohani, jasmani dan aqli (akal fikirannya). Ianya bersifat integral dan komprehensif. Tarbiyyah Islamiyah adalah proses penyediaan manusia yang soleh, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, matlamat, ucapan dan tindakannya secara menyeluruh. Keseimbangan di sini bermaksud jangan sampai kemunculan suatu potensi menyebabkan lenyapnya potensi yang lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mustafa Masyur. Dakwah.info