Tarian Labi-Labi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Labi-Labi merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian Labi-Labi dikatakan berasal dari Endau dengan seorang penari diiringi alat musik biola dan gong. Tarian ini bercorak komedi. Para penarinya terdiri daripada orang lelaki sahaja. Mereka berpakaian Melayu tradisi selengkapnya iaitu memakai kain samping dan tengkolok. Gerak tarinya seperti gerak labi-labi. Penari yang berlagak sebagai anak- labi-labi akan keluar daripada sarangnya lalu cuba mendapatkan pisang yang dilemparkan kepada penari-penari. Alat-alat muzik yang digunakan terdiri daripada gendang buluh, rebana, gong, keketuk dan serunai. Tarian Labi-Labi juga popular di daerah Rompain dan Pekan. Bagaimanapun di daerah Rompin dan Pekan Tarian Labi-Labi ditarikan oleh dua orang penari.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]