Tarian Mongigol Sumundai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tarian Mongigol Sumundai[1] merupakan sejenis tarian masyarakat Rungus di utara Sabah. Ia sebenarnya merujuk pada dua jenis tarian iaitu yang ditarikan oleh kaum lelaki dan yang ditarikan oleh kaum perempuan.

Tarian Mongigol merupakan tarian bagi lelaki sementara tarian sumundai pula bagi perempuan, namun tarian ini dipersembahkan secara serentak iaitu lelaki akan mendahului tarian dan diikuti oleh empat atau lebih penari perempuan.

Tarian mongigol sumundai ini biasanya diiringi dengan paluan gong yang dimainkan oleh pemalu gong yang terdiri daripada sekumpulan enam atau tujuh orang pemain muzik. Alat muzik tradisi kaum Rungus adalah gong dan masih digunakan sehingga kini. Gong masyarakat Rungus terdiri daripada tujuh jenis iaitu, koritikon (canang), sandangau (canang), pompom, soludon, tongikon (tavag), hungkodonan (tavag) dan bimbingan (Tavag).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]