Tarian Zapin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Para penari zapin serba lengkap

Tarian Zapin (Jawi: زافين) merupakan sejenis tarian rakyat tradisional dilakukan masyarakat Melayu dalam kepulauan Nusantara terutamanya di Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia - khususnya di Johor[1][2] - dan Singapura), Borneo (Brunei dan Indonesia) dan gugusan pulau yang sebanding seperti Riau dan Sumatera. Tarian ini sering dilakukan dengan iringan muzik digubah khas.

Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman melalui para pedagang asal sana. Ia mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya lalu berpincang melalui sifat ia dipersembahkan iaitu zapin Arab dan zapin Melayu;[3] laman ini akan membincangkan zapin Melayu yang lazim dipersembahkan.

Asal tarian[sunting | sunting sumber]

Kata "zapin" ini menyerap dari bahasa Arab iaitu زَفْنzafn, bentuk ism kata kerja زَفَنَzafana yang bermaksud "menari" (رقَصَ‎).[4][5]

Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab yang berlayar ke Kesultanan Johor pada awal abad ke-16 mengganti peranan Melaka yang tertakluk sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.[3]:9-11 Penghijrahan besar-besaran orang Yaman ke Johor pada abad ke-19 turut menguatkan pengaruh budaya Arab dalam negeri tersebut.[3]:9-11

Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu.

Pada awalnya, tarian ini khusus dimainkan oleh kaum lelaki sahaja namun kini kaum wanita turut serta di mana dua-dua kaum menari dalam kelompok berasingan.[3]:13

Persalinan[sunting | sunting sumber]

Penari wanita memakai baju kurung atau sarung kebaya berselendang. Sanggul dan bunga-bungaan pula sering dipakaikan di kepala sebagai perhiasan.[3]:13 Penari lelaki pula berbaju Melayu sama ada dengan gaya cekak musang atau gaya teluk belanga (yang khusus di Johor) dan songkok di kepala.[3]:13

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas.

Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Cara tarian[sunting | sunting sumber]

Di Brunei[sunting | sunting sumber]

Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin lebih dikenali dengan panggilan Jipin. Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:-

Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari budayanya yang begitu sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan Borneo yang tertumpu di Brunei. Tiada bukti sahih menceritakan, akan tetapi kedatangan pedagang Arab mampu mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana Sultan Sharif Ali, sultan Brunei ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Tarian ini juga kadang-kadang ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau berselawat ke atas Nabi S.A.W.

Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang tabur dan tar.

Di Indonesia[sunting | sunting sumber]

Di Kalimantan Barat, tari Zapin lebih dikenal dengan nama "jepin". Tarian jepin ini dapat dibedakan menjadi dua kategori besar iaitu jepin tradisional dan jepin modern yang sangat beragam menerapkan unsur baharu dan kreatif. Jepin tradisional sendiri masih dapat dibagi lagi menjadi empat jenis:

  • Jepin Massal,
  • Jepin Tali
  • Jepin Tembung,
  • Jepin Lembut - tarian jepin paling digemari

Adapun jenis tari Jepin yang lebih sering dipentaskan dan dilombakan hingga saat ini ialah tari Jepin Lembut.

Di Lampung, tari Zapin lebih dikenal dengan nama Tari Zapin Bedana atau Tari Bedana. Tari Bedana merupakan salah satu tarian tradisional zapin melayu dari daerah Lampung. Tari bedana biasa dibawakan oleh pemuda-pemudi Lampung dalam acara tertentu sebagai ungkapan rasa gembira. Tari Bedana memiliki ciri khusus pada adat Lampung Pepadun maupun adat Lampung Saibatin.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Zapin dance still popular in Johor". BERNAMA. Dicapai pada 22 September 2020 – melalui The Star.
  2. ^ Halim Said (28 September 2017). "Johor to seek Unesco recognition for traditional zapin dance". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 September 2020.
  3. ^ a b c d e f Hilarian, Larry (2004). "The gambus (lutes) of the Malay world: its origins and significance in zapin Music" (PDF). Universiti Teknologi Nanyang Singapura – melalui UNESCO.
  4. ^ Ellya Roza; Nur Aisyah Zulkifli (2013). "The Contribution of Zapin as one of Malay Traditional Arts in Curriculum" (PDF). Al-Taklim. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim.
  5. ^ "تعريف و معنى زفن في معجم المعاني الجامع". Almaany (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 28 Disember 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]