Tarik upih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Beberapa orang budak sedang bermainan tarik upih.
Bahagian yang digunakan untuk diduduki oleh penunggang semasa ditarik.

Tarik upih merupakan sejenis permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN. Upih pinang adalah pelepah/"pangkal" daun pokok Pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut. Selain pelapah pinang, pelepah kelapa juga digunakan.

Cara Permainan[sunting | sunting sumber]

Permainan ini dimain secara berkumpulan.

Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk di atas upih. Upih tersebut boleh dinaiki oleh seorang, dua orang, tiga orang atau berapa sahaja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua sahaja. Biasanya yang lebih tua atau kuat akan menjadi penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya. Setiap ahli diwajibkan menarik setiap ahli kumpulan dimana peserta pertama akan menarik peserta kedua dari titik permulaan sehingga ke garisan penamat dan mereka akan bertukar peranan. Peserta kedua akan menarik peserta pertama ke garisan permulaan semula dan ini dianggap sebagai satu pusingan. Maka seterusnya ahli kumpulan yang lain akan meneruskan permainan sehingga semua ahli telah melakukan aktiviti.

Peraturan Permainan[sunting | sunting sumber]

  1. Seorang peserta akan menjadi penarik, sementara seorang lagi sebagai penunggang- duduk atas upih.
  2. Peserta yang sampai di garisan penamat dikira sebagai pemenang.
  3. Peserta perlu mengulang semula permainan sekiranya penunggangnya jatuh dariupih sebelum sampai ke garisan penamat.
  4. Penunggang tidak dibenarkan untuk membantu penarik semasa pertandingan
  5. Peserta yang mengganggu dan memasuki kawasan pihak lawan akan dikeluarkan dari pertandingan.
  6. Peserta tidak dibenarkan menukar pasangan sebelum sampai ke garisan.
  7. Peserta pertama perlu menunggu wisel ditiup sebelum memulakan permainan.
  8. Penunggang dilarang sama sekali berdiri ketika permainan sedang berjalan.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]