Ully Artha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ully Artha
Kelahiran
Taruli Artha Sortiana Pangaribuan

17 Oktober 1953
Meninggal dunia16 Jun 2013 (umur 59)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1973–2013

Taruli Artha Sortiana Pangaribuan atau lebih dikenali sebagai Ully Artha (17 Oktober 1953 – 16 Jun 2013) ialah seorang pelakon wanita Indonesia yang telah berkecimpung di dunia seni lakonan sejak tahun 1970 sehingga meninggal pada tahun 2013.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ully memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon drama di TVRI pada dekad 1970-an. Setelah itu, Ully mulai mencebori dunia fesyen dan peragawati. Dengan gelar ‘Miss Teenager Metropolitan’ (1970), dia diambil oleh produser Tati & Son untuk berlakon dalam filem Tjisadane (1971). Dalam lakonan layar lebar selanjutnya, dia berlakon dalam filem Kembang-Kembang Plastik (1977) besutan Wim Umboh, berpasangan dengan pelakon Roy Marten. Selanjutnya berlakon dalam filem Satu Malam Dua Cinta (1978), Pengemis dan Tukang Becak (1979), Kejarlah Daku Kau Kutangkap (1985), Keluarga Markum (1986), Siapa Menabur Benci Akan Menuai Bencana (1988), Semua Sayang Kamu (1989), Turangga (1990), dan Potret (1991). Berkali-kali Ully dicalonkan dalam adegan FFI, melalui filem Pengemis dan Tukang Becak (1979), Kejarlah Daku Kau Kutangkap (1986), dan Potret (1991), namun tidak pernah berhasil meraih penghargaan.

Setelah industri film Indonesia 'jatuh', Ully bergabung dengan syarikat pengeluaran Multivision Plus, SinemArt, maupun MD Entertainment dan membintangi banyak sinetron yang amat berjaya, seperti "Buku Harian" (bersama Elma Theana, Desy Ratnasari, dan Didi Petet), "Janjiku" (bersama dengan Paramitha Rusady), dan "Mama", sebuah sinetron komedi situasi yang naskahnya juga ditulis oleh Ully. Dalam Festival Sinetron Indonesia 1996, namanya masuk dalam anugerah sebagai pemeran utama wanita jenis komedi dalam Suami-Suami Takut Isteri. Pada tahun sebelumnya, Ully meraih anugerah untuk peranan pembantu wanita untuk siri mini Pakaian dan Kepalsuan arahan Teguh Karya.

Filem-filem terakhir yang dilakonkannya adalah Jagad X Code (2009) dan Bebek Belur (2010).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ully Artha agak tertutup mengenai kehidupan peribadinya. Ully pernah mengatakan dalam sebuah wawancara bahwa ia ingin menikmati kehidupan dengan keluarga besarnya daripada memikirkan mengenai hubungan asmara. Namun demikian, ia ternyata telah menikah pada tahun 2012 tanpa memberi tahu ramai orang[1].

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Ully Artha meninggal dunia pada tarikh 16 Jun 2013 pkl. 17.00 di Rumah Sakit Gatot Soebroto akibat penyakit komplikasi jantung, paru-paru, dan liver yang dideritanya sejak beberapa tahun terakhir. Beliau meninggal sebagai muslim, dan dimakamkan secara muslim.[2][3][4]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Sinetron[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tigor: Ully Artha Sudah Menikah dan Berpindah Keyakinan". June 16, 2013.
  2. ^ Sempat Koma, Ully Artha Meninggal Dunia, Liputan6.com, diakses 16 Juni 2013
  3. ^ Artikel:"Ully Artha Meninggal Akibat Komplikasi" di Vivanews
  4. ^ "Ully Artha Tutup Usia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-20. Dicapai pada 2013-06-27.