Tasek, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tasek atau Kampung Tasek terletak di utara bandar raya Ipoh, Perak, Malaysia. Tasek berhampiran dengan Kampung Tawas, Bercham, dan Tambun. Ramai juga penduduknya bekerja di Kawasan perindustrian Tasek. Zon Industri ini telah lama diwujudkan sama seperti Sungai Way di Petaling Jaya dan Bayan Lepas di Pulau Pinang .

Pengguna Lebuh raya Utara Selatan pasti dapat melihat kilang simen yang terletak di Kawasan Perindustrian Tasek. Kilang simen ini menggunakan batu kapur dari bukit bersebelahan sebagai bahan asas dan telah dibina pada tahun 1962 lagi. Malangnya tokong Perak Tong juga terletak di sini dan kerja-kerja kuari pecah batu pernah dilakukan. Terdapat landasan kereta api dari kilang ini untuk mengangkut simen di utara dan selatan tanahair.

Pagar landasan kereta api dari kilang Tasek Cement menghalang kelancaran pengangkutan. Oleh itu sebuah jambatan telah dibina bagi memudahkan pengangkutan jalan raya tanpa mengganggu laluan kereta api.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada Julai 2011 di kawasan Jalan Tasek, Ipoh ialah IPU 136 - tidak sihat. Rekod itu dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar. [1]

Jalan raya[sunting | sunting sumber]

Jalan raya utama antara Ipoh ke Kuala Kangsar menjadi nadi utama sistem pengangkutan. Jalan itu dikenali sebagai Jalan Sultan Azlan Shah Utara. Simpang tiga ke Bercham dan ke Tambun selalu berlaku kemalangan jalan raya.

Kampung Tawas diduduki ramai orang Cina. Sebaliknya Kampung Tasek merupakan petempatan orang Melayu. Sekolah Kebangsaan Tasek, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek dan masjid telah dibina bagi memudahkan orang ramai.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasek dan Sekolah Kebangsaan Tasek dibangunkan bagi tujuan pendidikan . Pasar raya besar Tesco terletak di Bercham yang dahulunya dikenali sebagai pasar raya hiper Macro. Begitu juga dengan Kompleks Kinta City.

Pusat Kegiatan Guru Tasek mengendalikan beberapa sekolah sekitarnya. Antaranya ialah Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Jln Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh ;SMK Jalan Tasek, 31400 Ipoh ;SMK Tasek Damai, Jln Tawas Baru Utara, Tasek Damai, 30010 Ipoh ;SMK Tambun, 31400 Ipoh ;SMK Bandar Baru Putera, 31400 Ipoh ; SM Teknik Ipoh, Persiaran Brash, 31400 Ipoh ; SMK Ulu Kinta, Jln Pasukan Polis Hutan, 31150 Ipoh ; Sekolah Izzudin Shah, 31400 Ipoh ; SK Tanjong Ranbutan, 31250 Tanjong Rambutan ; SK Tasek, Jln Sultan Azlan Shah (U), 31400 Ipoh ; SK Syed Idrus, 31200 Chemor ; SK Pasukan Polis Hutan, 31150 Ulu Kinta ;SK Pendidikan Khas, 31200 Chemor ; SK Seri Kelebang, 31200 Chemor ; SK Bandar Baru Putra, Jalan Bercham, 31400 Ipoh ; SK Tasek Damai, Jln Tawas Baru Utara, Tasek Damai, 30010 Ipoh ;SJK (C) Bercham, 31400 Ipoh ; SJK (C) Chung Tack, 31400 Ipoh ; SJK (C) Tat Choi, 31250 Tg.Rambutan ; S JK (C) Changkat Kinding, 31250 Tg.Rambutan ; SJK (C) St.Michael & All Angels, 30010 Ipoh ; SJK (C) Kampong Tawas, 30010 Ipoh ; SJK (C) Kuala Kuang, 31200 Chemor ; SJK (C) Tanah Hitam, 31200 Chemor ; SJK (C) Chong Hwa, Kanthan, 31200 Chemor ; SJK (T) Tanjong Rambutan, 31250 Tg.Rambutan ; SJK (T) Kampong Simee, 31400 Ipoh ;SJK (T) Ladang Chemor, 31200 Chemor ;SJK (T) Ladang Changkat Kinding, 31250 Tg.Rambutan dan SJK (T) Kelebang, 31200 Ipoh .

Medan Selera Tasek berhampiran dengan Taman Tasek Jaya dan Taman Tasek Damai. Ramai pekerja kilang dari kawasan kilng berdekatan bertumpu di sini pada waktu tengah hari dan malam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]