Tasha Manshahar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tasha Manshahar
Nama lahirNur Nadia Natasha binti Mohd Manshahar
Kelahiran (1992-11-22) 22 November 1992 (umur 27)
Sandakan, Sabah, Malaysia
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
Instrumen
Tahun aktif2011–2016
Syarikat rakaman
FMC Music
Pengkarya berkait
Syed Shamim, RJ

Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar (lahir 22 November 1992) merupakan seorang bekas penyanyi dan penulis lagu Malaysia yang meraih kejayaan dalam tempoh singkat dalam industri muzik. Lagunya, "Be Mine" berjaya menarik perhatian ramai sehingga muzik videonya ditonton hampir 140,000 penonton dalam masa 6 hari sahaja. Selain itu, beliau juga paling dikenali menerusi gandingannya dengan Syed Shamim.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tasha Manshahar dilahirkan pada 22 November 1992 di Sandakan, Sabah. Beliau merupakan anak sulung dari tiga orang adik-beradik. Tasha menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur pada tahun 2015.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tasha mula aktif dunia seni suara selepas menjadi sebutan di YouTube apabila memuat naik rakaman video lagu, "Be Mine" dan "Mr. Saxobeat" (nyanyian asal Alexandra Stan) yang dinyanyikannya semula sekitar awal 2012.

Beliau paling dikenali menerusi duet bersama Syed Shamim, di mana mereka telah bekerjasama menerusi lagu seperti "Selamat Ulang Tahun Cinta", "Cuba Teka" dan "Ragu-Ragu".[2] Tasha dan Syed Shamim melancarkan album duet bertajuk Our Song pada Mei 2014.[3] Bagaimanpun, mereka membawa haluan selepas tiga tahun menjalin kerjasama.[4]

Pada tahun 2016, Tasha mengumumkan persaraanya dari kerjaya muzik kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya akademik.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tasha Manshahar berkahwin dengan penyanyi dan penyampai radio Zayan, Raqib Majid pada 8 September 2018.[6][7]

Beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Muammar Rafiqi yang dilahirkan pada 21 Jun 2019.[8] Tasha kini mengajar di sebuah sekolah rendah di Melaka.[9]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album duet[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Be Mine" (2013)
  • "Cuba Teka" (2013)
  • "Selamat Ulang Tahun Cinta" (2013)
  • "Terima Kasih Cinta" (2015)
  • "Ragu-Ragu" (2016)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Artis Berkumpulan/Duo Popular (bersama Syed Shamim) Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farhana Ab Rahman (24 September 2016). "Tasha Manshahar terap pendekatan psikologi dekati pelajar". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2017.
  2. ^ Fatin Farhana Ariffin (16 April 2016). "Bakal muncul solo, Tasha rimas dengan Syed Shamim?". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2016.
  3. ^ Budiey (18 September 2014). "Tasha Manshahar dan Syed Shamim lancar album Our Song". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Oktober 2014.
  4. ^ "Syed Shamim, Tasha Manshahar bawa haluan sendiri". Berita Harian. 20 Januari 2015. Dicapai pada 26 Jun 2015.
  5. ^ "Tasha Manshahar bersara menyanyi". Berita Harian. 21 September 2020. Dicapai pada 10 Oktober 2020.
  6. ^ Feride Hikmet Atak (8 September 2018). "Tasha, Raqib selamat bernikah". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2019.
  7. ^ Nur Asyikin Mayudin (8 September 2018). "Tasha Manshahar sah bergelar isteri Raqib, tiada rancangan bulan madu". mStar Online. Dicapai pada 26 Jun 2019.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (22 Jun 2019). "Tasha Manshahar timang anak lelaki". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2019.
  9. ^ Nur Asyikin Mayudin (3 September 2020). "Tiga tahun menyepi, Tasha Manshahar kembali aktif tapi bukan sebagai penyanyi - "Dah tiba masanya ke fasa yang lebih sesuai"". mStar Online. Dicapai pada 10 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]