Tasha Shilla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tasha Shilla
Tasha Shilla dalam gambar hitam dan putih.
Tasha dalam sesi fotografi pada 2013.
KelahiranNatasha Sheila binti Abdul Razak
(1987-01-25) 25 Januari 1987 (umur 32)
Ampang, Selangor, Malaysia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1999–kini

Natasha Sheila binti Abdul Razak (dilahirkan pada 25 Januari 1987) atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Tasha memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, ketika berusia 12 tahun, muncul dalam beberapa siri televisyen dan filem. Antara drama lakonannya ialah Tentang Dhia dan Tabir Zulaikha. Tasha juga mempunyai peranan di layar lebar termasuk Ratu The Movie dan Klip 3GP, kedua-duanya dikeluarkan pada 2011.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tasha dilahirkan pada 25 Januari 1987 di Ampang, Selangor. Beliau mempunyai darah kacukan Melayu dan Jawa.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada usia 12 tahun, Tasha Shilla memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, menerusi peranan kecil dalam sitkom popular ntv7, Spanar Jaya. Enam tahun kemudian, pada 2005, beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang juga disertai oleh Scha Al-Yahya dan Izreen Azminda. Tasha membuat penampilan filem pertama menerusi peranan kecil dalam filem KL Menjerit 1 arahan Bade Hj. Azmi.[2]

Beliau muncul sebagai salah seorang peserta pertandingan ratu cantik dalam filem Ratu The Movie arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen dan filem Klip 3GP. Pada 2013, Tasha mempunyai peranan utama dalam drama gabungan Malaysia dan Brunei, Erna Shuraya terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).[3]

Tasha memegang watak utama sebagai Ain Zulaikha dalam melodrama Tabir Zulaikha, berpasangan bersama Aiman Hakim Ridza di mana ia memerlukan Tasha bermain biola.[4][5] Pada Februari 2017, beliau dilantik sebagai jurucakap produk kecantikan antarabangsa, SK-II setelah dinamakan sebagai Top Malaysia's Beauty Circle 2017.[6]

Gempak Superstar[sunting | sunting sumber]

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Tasha merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016 dan tersingkir di konsert minggu ketiga.[7][8] Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Wanita Terbahagia" (nyanyian asal Bunga Citra Lestari)
  2. Minggu 2: "Aku Wanita Biasa" (nyanyian asal Krisdayanti)
  3. Minggu 3: "My Heart Will Go On" (nyanyian asal Celine Dion)

Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr)
Kedudukan Peserta Keputusan
8 Tasha Kekal ke-8 (3 tercorot) Tersingkir

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sekitar 2013, Tasha sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan Hans Wong yang berketurunan Cina,[9] namun tidak berkekalan apabila berpisah pada 2015.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2005 KL Menjerit 1 Bade Hj. Azmi Filem pertama, pelakon tambahan
2011 Ratu The Movie Abdul Razak Mohaideen Pelakon pembantu
Klip 3GP Aidilfitri Mohd Yunos Pelakon utama
2013 Rock Oo! Mamat Khalid Pelakon pembantu
Chikaro Nizam Zakaria
2015 Bravo 5 Nadia Yeop Hitler Zami Pelakon pembantu

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1999 Spanar Jaya ntv7
2006 Dilema Wanita TV1
2010 Dottie Astro Ria
2011 Gemilang Rohana TV3
Sahara Tina TV3
Ramadan Terakhir TV3
Bunga April[11] April TV3
Tentang Dhia[12] Rose TV3
2012 Atas Nama Cinta[13] Balqis TV3
2013 Goyang Shafiq..Jom Pi Cuti[14] Wan Zarina TV3
Erna Suraya Erna Suraya TV2
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Ain Farohah TV3
Epilog Cinta Khirana TV3
Terukir Di Bintang TV3
Ariana Rose Tengku Juwita TV3
2014 Maaf Jika Aku Tak Sempurna TV3
Kasih Berbisik TV3
2015 Nasuha Nasuha TV9
Gerimis Salju Naminara TV1
Tabir Zulaikha Zulaikha TV3
M.A.I.D Astro Ria
2016 Diari Cinta Kita Nurul Iman TV9
2017 Sedingin Cinta Antasya Antasya Hypp Sensasi
2018 Air Mata Syurga Hypp Sensasi
2019 Kamar Kamariah Sally TV3 (Slot Akasia)
Mimpi Sabrina dagger Farah TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Ku Yakin Berlaku[15] Rafida Astro Oasis
2011 Panggilan Arwah Astro Citra
Penggali TV3
Cinta Dalam Botol[16] Mila TV3
2012 Mencari Jannah Astro Oasis
Landasan Cinta TV3
Saleha Saleha TV3
2013 Cinta Di Menara Burj Khalifa Astro Prima
Bidadari Syurga Astro Oasis
Ramadan Jangan Ambil Nyawaku TV2
PA Cinta TV9
2014 Abang Samseng Jemur Kain Elyana TV3
2015 Pengawal Hatiku TV9
2016 Penjaga Garisan Itu Suami Aku TV2
2017 Parut TV2
Kasut Untuk Ayah TV1
2018 Cucu Atuk TV2
Haloba Ayu NTV7
Syaitan Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Dalang Prank S2 Dirinya sendiri Astro Warna
Ini MLM Raya
Joras & Stars
2017 HOT TV Dirinya sendiri, artis jemputan TV9

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video
Tahun Lagu Penyanyi
2012 "Luar Biasa" Shahir

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Baru Wanita Popular Menang
Artis Wanita Paling Popular Online Dicalonkan
Pelakon TV Wanita Popular Dicalonkan
2012 Anugerah Blokbuster 2012 Anugerah Heroin Baru Terhebat (Ratu The Movie) Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 14 April 2017 ditulis oleh Seto Kit Yan. Tasha Shilla hopes to perform combat scenes in film and TV Star2.com (artikel dalam bahasa Inggeris)
  2. ^ Ifqdar Rahman (7 Mei 2018). "Tasha Shilla tak kisah digelar simbol seks". Utusan Malaysia. Dicapai 9 September 2018. 
  3. ^ "Drama Erna Suraya Lakonan Tasha Shila". Sensasi Selebriti. 30 Mei 2017. Dicapai 29 Disember 2012. 
  4. ^ "Drama Bersiri TABIR ZULAIKHA Lakonan Tasha Shilla". Sensasi Selebriti. 12 Februari 2015. Dicapai 29 Disember 2015. 
  5. ^ Syanty Octavia Amry (17 Februari 2015). "Tabir Zulaikha: Kisah cinta dan dendam". Harian Metro. Dicapai 29 Disember 2015. 
  6. ^ Ifqdar Rahman (22 Februari 2017). Tasha Shilla jadi pilihan produk SK-II Utusan Online. Dicapai pada 22 Februari 2017.
  7. ^ "Tasha Shilla Akui Paling `Biasa` Antara 10 Peserta Gempak Superstar". Astro Gempak. 29 April 2016. Dicapai 1 Mei 2016. 
  8. ^ "Gempak Superstar: Berada Di Tangga Tercorot, Tasha Shilla Bersedia Jika Disingkirkan". Astro Gempak. 12 April 2016. Dicapai 1 Mei 2016. 
  9. ^ Aqmar Mustaza (10 Mei 2015). "Tasha Shilla: Makin kurus selepas putus cinta". Sinar Harian. Dicapai 1 Mei 2016. 
  10. ^ "Tasha Shilla dedah punca perpisahan". Kosmo!. 18 April 2015. Dicapai 1 Mei 2016. 
  11. ^ "'Bunga April' Cinta Tiga Segi Adik-Beradik Tiri". mSTAR Online. 27 November 2011. Dicapai 2012-07-18. 
  12. ^ "Tentang Dhia, Drama Terbaru Di Slot Akasia". mSTAR Online. 10 November 2011. Dicapai 2012-07-18. 
  13. ^ ""ATAS NAMA CINTA" ~ Cinta Tiga Segi Dan Pengorbanan". Selebriti Online. 17 Februari 2012. Dicapai 2012-07-18. 
  14. ^ Budiey (25 Jun 2013). "Goyang Shafiq Jom Pi Cuti Lakonan Tasha Shila". Sensasi Selebriti. Dicapai 2012-07-18. 
  15. ^ "Tasha hilang rasa takut". Kosmo! Online. 7 November 2010. Dicapai 7 Disember 2013. 
  16. ^ "Tasha Shilla dalam telefilem Cinta Dalam Botol". Sensasi Selebriti. 16 Jun 2011. Dicapai 7 Disember 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]