Tasik Bukit Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tasik Bukit Merah

Tasik Bukit Merah di utara negeri Perak, Malaysia terkenal kerana pemandangan yang indah waktu mentari terbenam di ufuk Barat. Penumpang kereta api pasti akan teruja akan keindahan panorama sayup-sayup matahari beransur-ansur terbenam dan tenggelam dengan warna merah seperti di hujung tasik.

Tasik air tawar ini juga terkenal dengan pembiakan dan penternakan ikan arowana yang banyak dieksport ke China.