Tasik Kaindy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tasik Kaindy
Қайыңды көлі
Kaindy lake south-east Kazakhstan.jpg
Koordinat42°59′15″N 78°27′50″E / 42.98750001°N 78.4638888989°E / 42.98750001; 78.4638888989Koordinat: 42°59′15″N 78°27′50″E / 42.98750001°N 78.4638888989°E / 42.98750001; 78.4638888989
Negara lembanganKazakhstan
Panjang maks400 m
Kedalaman maks30 m
Ketinggian permukaan2,000 m

Tasik Kaindy (Bahasa Kazakhstan: [Қайыңды көлі, Qayındı köli] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) merupakan sebuah tasik dengan ukuran 400 meter panjang di Kazakhstan. Kedalamannya mampu mencapai sehingga 30 meter (98 ka) dalam beberapa kawasan kedalaman. Pemandangan tasik cukup menakjubkan. Sisa-sisa pokok yang tidak tenggelam air nampak seperti hutan ratusan tahun lalu. Kebelakangan ini, hutan di dalam Tasik Kaindy mulai dikenali oleh pelancong. Tasik Kaindy terletak di dalam hutan, 2,000 meter diatas permukaan laut. Tasik ini terbentuk secara semulajadi dari kesan kejatuhan cenuram tanah batu kapur yang besar bermula dari Tragedi gempa bumi Kebin 1911, dan pemendapan tanah sehingga akhirnya membentuk sebuah empangan semulajadi dan gaung yang indah.[1] Lokasi tasik yang lebih tepat adalah 129 kilometer (80 mi) timur tenggara dari bandar Almaty.

Trek perjalanan ke Tasik Kaindy cukup menarik dengan beberapa pemandangan lain seperti Saty Gorge, Lembah Chilik dan Kaindy Gorge. Tidak hanya menyajikan pemandangan alam yang luar biasa seperti hutan di bawah tasik, jika air di tasik surut, pelancong boleh melihat pucuk pokok cemara Picea schrenkiana yang muncul di permukaan. Hutan ini dapat dilihat dengan cara menyelam skuba ke dalam tasik.

Masa terbaik untuk melawat Danau Kaindy adalah ketika akhir musim bunga dan awal musim gugur. Bukan hanya ikan-ikan indah menari di permukaan Tasik Kaindy, di tempat ini, pelawat juga akan dapat melihat hidupan liar yang hadir di sekitaran tasik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Sunken Forest of Lake Kaindy". Dicapai 2013-07-14.