Tat nanas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Tat nanas
تت نانس/ننس
5 pineapple tarts.jpg
Tat nanas berbentuk gulungan dan berintikan jem nanas.
Nama alternatifkue nastar (bahasa indonesia), tat nanas (bahasa melayu), kuih tae (bahasa melayu baba nyonya), kue nanas
JenisTart
Jenis sajianPencuci mulut
KawasanMaritim Asia Tenggara dan selatan Asia Timur[1][2][3][4]
Masakan negara yang berkaitanIndonesia, Malaysia, Singapore, Brunei[5]
Bahan utamaPastri (mentega, telur kuning, kanji jagung), jem nanas
di Wikibuku [[:wikibooks:Special:Search/Cookbook: Tat nanas
تت نانس/ننس|Buku Masakan: Tat nanas]]  Media berkenaan di Wikimedia Commons [[:c:Special:Search/Tat nanas
تت نانس/ننس|Media: Tat nanas]]
Tat nanas

5 pineapple tarts.jpg

Tat nanas
Bahasa Cina: 黄梨
Maksud harfiah: Mentega nanas
Kuih tat nanas
Kuih tat nanas

Kuih Tat Nanas merujuk kepada kuih Tat yang diperbuat daripada tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi kuih tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas. Sesetengah orang meletakkan tat nanas dalam kumpulan biskut (biskut raya) disebabkan penggunaan doh / tepung pada kulitnya. Contohnya, laman resipi Kuali (pautan di bawah) meletakkan resipinya dalam kumpulan biskut.

Kuih tat nanas merupakan sejenis kuih yang popular di Brunei, Malaysia dan Singapura. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepung adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas.

Biasanya kuih tat nanas dibuat hanya pada musim perayaan seperti hari raya dan kurang laku pada waktu biasa.

Kuih tat nanas disediakan dengan menggunakan adunan tepung dan margerin yang diadun bagi membentuk doh. Selepas doh adunan tersebut menjadi agak lembut doh akan diuli dan dicanai dengan penggolek bergigi bagi membentuk bergigi. Selepas dicanai, jem nanas akan diletakkan ditengah dan adunan doh tersebut akan digulung agar jem terletak ditengah-tengah adunan. Selepas itu ia dipotong menurut ukuran yang dikehendaki. Sebagai hiasan akhir, kuning telur akan disapu pada bahagian atas bagi memberi warna kekuningan keemasan. Saiz kuih tat nanas ini biasanya dianggar semuat satu suapan agar mudah ia dimakan.

Kuih tat nanas biasanya banyak dijual secara meluas semasa musim perayaan. Pada waktu biasa, ia kurang terdapat dijual.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama kuih tat nanas mungkin berdasarkan jenis kuih kering yang berinti iaitu tat, dan kandungan intinya yang diperbuat daripada buah nanas menjadikannya dikenali sebagai tat nanas.

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kuih tat nanas popular di seluruh Malaysia dan banyak dijual terutama pada musim perayaan. Oleh kerana ia digemari ramai dan harganya yang berpatutan, ia ada dijual begitu sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal. Bagaimanapun penghasilannya dan penjualannya agak bermusim.

Kuih tat nanas mempunyai rasa inti yang manis, tetapi bagi mengimbanginya doh kulitnya adalah tawar. Kulit tat yang baik biasanya agak lerai dan sapuan kuning telur pada bahagian atas berfungsi sebagai memegang doh yang mudah terlerai itu, selain sebagai hiasan warna keemasan.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Kuih tat nanas lebih digemari sebagai kuih hidangan perayaan raya dan kurang digemari bagi hidangan harian. Kuih tat nanas sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana rasanya yang sedap dan manis, biasanya dihidangkan dengan teh tawar kerana ia telah pun manis.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Andrea Nguyen (2011). Asian Dumplings: Mastering Gyoza, Spring Rolls, Samosas, and More. Potter/Ten Speed/Harmony/Rodale. m/s. 195. ISBN 978-16-077-4092-6.
  2. ^ Terry Tan & Christopher Tan (2012). "David Thompson". Singapore Cooking: Fabulous Recipes from Asia's Food Capital. Tuttle Publishing. ISBN 978-14-629-0530-0.
  3. ^ "Pineapple Tarts: A Piece Of Tropical Singapore". Michelin Guide Digital-Singapore. 7 February 2018. Dicapai pada 2020-04-24.
  4. ^ Grace Teo (24 January 2016). "Nyonya Pineapple Tarts". Nyonya Cooking. Dicapai pada 2020-04-27.
  5. ^ "Pineapple | Infopedia".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]