Tatabahasa Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Visualisasi nahu bahasa Arab daripada Quranic Arabic Corpus

Tatabahasa bahasa Arab (Bahasa Arab: نحو عربيnaḥw ‘arabī atau قواعد اللغة العربية qawā‘id al-lughah al-‘arabīyah) ialah tatabahasa atau nahu buat bahasa Arab. Bahasa Arab ialah sebuah bahasa Semitik dan nahunya memiliki banyak kesamaan dengan tatabahasa bahasa Semitik yang lain.

Rencana ini memberikan tumpuan terhadap tatabahasa bahasa Arab Sastera (yakni Bahasa Arab Klasik dan Bahasa Arab Piawai Moden, yang memiliki tatabahasa yang hampir sama) dan juga bentuk kolokial bahasa Arab yang beraneka ragam.

Tatabahasa kedua-dua jenis ini kebanyakan sama dalam perinciannya. Pada amnya, tatabahasa Bahasa Arab Klasik diperikan terdahulu, diikuti oleh perbezaan antara varian-varian kolokial (perhatikan yang tidak semua varian kolokial sama dari segi tatabahasa). Perbezaan paling ketara antara dua sistem ini adalah kehilangan kasus tatabahasa; kehilangan modus tatabahasa, dan juga evolusi sistem baharu; kehilangan ragam pasif infleksi, mealiankan dalam kes beberapa varian relik; dan hambatan pada penggunaan bilangan duaan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.