Tatapan jenazah
di Muzium Adat Pengebumian
Dalam adat kematian, upacara menatap jenazah (funeral viewing) (kadangkala dirujuk sebagai waktu berkunjung, waktu melawat, berziarah di Amerika Syarikat dan Kanada) ialah masa dimana keluarga dan rakan-rakan datang untuk melihat si mati sebelum upacara pengebumian, setelah jenazah disiapkan oleh rumah pengebumian.[1] Adalah disarankan (walaupun tidak diwajibkan) agar jenazah diawet terlebih dahulu untuk memberikan penampilan terbaik bagi si mati.[2] Tatapan jenazah boleh dilakukan di dewan rumah pengebumian, di rumah keluarga atau di rumah ibadat seperti gereja. Sesetengah budaya, seperti masyarakat Māori di New Zealand, sering membawa jenazah ke marae atau dewan masyarakat suku kaum mereka.[3]
Menatap jenazah adalah serupa dengan majlis berjaga, iaitu penjagaan berterusan oleh keluarga dan sahabat handai terhadap si mati, biasanya di rumah sendiri. Ramai pakar menganggap menatap jenazah atau majlis berjaga sebagai sesuatu yang penting dalam proses berdukacita, kerana ia memberi peluang untuk mengucapkan selamat tinggal secara peribadi.[4] Ia juga boleh membantu dalam menerima realiti kematian, yang selalunya sukar diterima lebih-lebih lagi dalam dunia moden di mana kematian dikendalikan oleh profesional dan ahli keluarga mungkin hanya dimaklumkan melalui panggilan telefon tanpa menyaksikan sendiri kejadian itu.[5]
Tatapan jenazah berbeza mengikut budaya dan agama. Pendekatan terhadap upacara ini juga bergantung pada tradisi keagamaan dan pilihan peribadi.[6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Handbook for Mortals : What happens at funeral viewing hours?". Mywhatever.com. Dicapai pada 2012-05-17.
- ^ "Frequently Asked Questions". Nea.gov.sg. 2005-03-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-05. Dicapai pada 2012-05-17.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaLamm & Eskreis 1966 - ^ "Access". Medscape. Dicapai pada 2012-05-17.
- ^ "What is the Difference Between "Viewing" and "Visitation"?". Funerals.org. 2007-11-26. Diarkibkan daripada yang asal pada December 17, 2007. Dicapai pada 2012-05-17.
- ^ Cox, Gerry R.; Bendiksen, Robert A.; Stevenson, Robert G. (2018-12-20). Complicated Grieving and Bereavement : Understanding and Treating People Experiencing Loss (dalam bahasa Inggeris). Routledge. doi:10.4324/9781315224923. ISBN 978-1-315-22492-3. S2CID 147928391.[halaman diperlukan]