Taubat Seorang Samseng (telefilem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taubat Seorang Samseng
GenreKeislaman
FormatTelefilem
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahMurali Abdullah
Dibintangi oleh
Soffi Jikan
Rita Rudaini
Zamarul Hisham
Zulkifli Ismail
Maimon Mutalib
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifRozi Aziz
Mohd Razzi Mohd Yassin
PenerbitMohd Yassin Mohd Ismail
Syarikat penerbitan
Nissay Ventures Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Oasis

Plot[sunting | sunting sumber]

Kampung Dusun gempar seketika dengan pekikan dan jeritan orang kampung. Suasana kemarahan itu meluap-luap ketika mereka menanti kehadiran Rokiman (Soffi Jikan) di halaman rumahnya kerana dia baru dibebaskan dari penjara.

Dengan wajah emosional, sekumpulan pemuda diketuai Amir (Zamarul Hisham) yang juga sepupu kepada Rokiman tidak sabar-sabar mahu menghalaunya kembali. Mereka mahu meludahnya, menumbuk dan melemparkan air cili sebagai tanda protes kembalinya Rokiman. Bagaimanapun, usaha itu tidak kesampaian kerana Rokiman tidak pulang ke rumah, sebaliknya terus ke surau apabila tiba di kampung terbabit. Apa yang pasti, penampilan Rokiman begitu berbeza selepas empat tahun meringkuk dalam penjara kerana disabitkan dengan pelbagai kesalahan seperti menculik, merompak dan merogol. Penampilan Rokiman dengan bersongkok serta berjubah juga langsung tidak dikenali termasuk pak imam kampung itu.

Kebencian mereka terhadap Rokiman masih menebal hinggakan sukar untuk menerima dan mempercayai Rokiman sudah berubah. Bahkan bapa Rokiman, Bakri (Abu Bakar Ahmad) langsung tidak mahu bersalam dengan anaknya. Dia tidak dapat menerima hakikat sekalipun anaknya itu sudah bertaubat dan mendapat hidayah kembali menjadi seorang insan yang berubah sama sekali sepanjang menerima hukuman di penjara.

Pelakon[sunting | sunting sumber]