Taufan Bilis
Penampilan
14 Julai 2006 Ribut tropika dinamakan Taufan Bilis melanda pantai China terutama Fuzhaou dan Fujian. Seramai 326,000 penduduk wilayah Fujian China dipindahkan ke wilayah Zhejiang , barat daya Shanghai.
Pusat Kaji Cuaca Hong Kong menyatakan hujan mencecah 184 milimeter. Jumlah ini akan menyebabkan tanah runtuh, banjir kilat dan banjir. Bilis bergerak selaju 18 km sejam dan mengakibatkan tiupan angin selaju 90 km sejam.
Kesan ribut Bilis turut menyebabkan tanah runtuh dan banjir di Filipina dan pulau Matsu di Taiwan.