Taufan Guba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Siklon Tropika Kencang Guba
Kategori ribut siklon 3 yang teruk (skala Aus)
Siklon tropika kategori 1 (SSHWS)
Guba 15 nov 2007 2343Z.jpg
Guba berdekatan Papua New Guinea
TerbentukNovember 13, 2007
RedaNovember 20, 2007
Angin terkuat10 minit berterusan: 140 km/j (85 bpj)
1 minit berterusan: 140 km/j (85 bpj)
Gusts: 175 km/j (110 bpj)
Tekanan terendah970 hPa (mbar); 28.64 inHg
Kematian≥150
Kerosakan$71.4 juta (2007 USD)
Kawasan terjejasPapua New Guinea
Sebahagian daripada Musim siklon kawasan Australia 2007-08

Taufan Guba ialah suatu Taufan Tropika. Sehingga 23 November 2007, seramai 150 telah maut dan banyak kerosakan telah berlaku di Papua New Guinea. Taufan ini bermula pada 13 November 2007 membadai di Brisbane, Australia. Kemudian angin taufan ini menghala ke Port Moresby di Papua New Guinea. Taufan ini juga berlaku Semenanjung Cape York di Australia dan dikategori tahap 3.

Sejarah taufan[sunting | sunting sumber]

Taufan Guba mula dilaporkan oleh Pusat Amaran Taufan Tropika yang terletak di Brisbane, Australia. Pusat amaran ini menyatakan taufan akan membadai di Papua New Guinea pada 12 November 2007. Semua pihak dingatkan agar berjaga-jaga kerana kekuatan angin amat besar dan boleh mendatangkan kemusnahan dan banjir di kawasan pantai dan pedalaman.

Guba ialah nama budak lelaki di Papua New Guinea yang bermaksud 'berhujan di laut'. Taufan ini meningkat pada aras 3 pada 16 November 2007. Ini adalah pertama kali nama dari Papua New Guinea digunakan untuk menamakan taufan yang melanda.

Akibat[sunting | sunting sumber]

Taufan ini melanda sekitar Provinsi Oro di Papua New Guinea dan menyebabkan 150 kematian. Kebanyakkan jalan, jambatan dan 40 buah rumah telah habis ranap kerana air meningkat sehingga 2 meter tinggi.

Syarikat penerbangan Papua New Guinea iaitu Air Niugini terpaksa dibatalkan kerana Lapangan terbang Popondetta berhadapan masalah banjir. Sekitar 145,000 penduduk terjejas teruk terutama di Provinsi Oro. Nilai kerosakan sekitar 71.4 juta USD.

Bantuan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan mengumumkan langkah darurat di Provinsi Oro. Kerajaan memberi bantuan 50 juta kina kepada mangsa banjir. Tentera Papua New Guinea dan pasukan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertungkus-lumus memberi bantuan. Jirannya Australia memberi bantuan kemanusian bernilai 1 juta Australia. 5 pesawat Tentera Udara Diraja Australia dan 3 helikopter telah dihantar untuk membantu mangsa. Antara bantuan yang diperlukan ialah tangki air, selimut, generator, perubatan, khemah dan sebagainya.