Taufan Phet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ribut Siklon Phet (03A)
Ribut siklon sangat kencang (Skala IMD)
Siklon tropika kategori 4 (SSHS)
Siklon Phet pada 2 Jun 2010

Siklon Phet pada 2 Jun 2010
Terbentuk 31 Mei 2010
Reda 6 Jun 2010
Kelajuan maksimum
angin
155 km/j (100 bsj)
(Purata 3 minit)
230 km/j (145 bsj)
(Purata 1 minit)
Tekanan terendah 970 hPa (mbar)
Kematian 44
Kerosakan $780 juta (Nilai USD tahun 2010)
Kawasan
terjejas
Oman, Pakistan, India
Sebahagian daripada
Musim siklon Lautan Hindi Utara 2010

Taufan Phet (nama RSMC/IMD:ARB 02, nama JTWC:03A) merupakan ribut tropika yang terbentuk pada 31 Mei 2010. Taufan ini melanda pantai negara Oman di selatan Semenanjung Arab pada 4 Jun 2010. Lokasinya ialah di Pulau Masirah dan Ras al Hadd. Beberapa tempat termasuk lebuh raya berlaku banjir kilat. Taufan ini juga kemudian membadai pantai Karachi, Pakistan, 850 km dari Oman.[1] "Phet" (Bahasa Thai: เพชร) ialah perkataan Thai, bermakna berlian.[2]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Jun, seramai 16 orang disahkan terbunuh di kawasan Rustaq wilayah Batinah, Oman. Jenazah dibawa ke Hospital Muscat. Mereka yang terbunuh ialah 11 rakyat Oman, dua Bangladesh dan seorang warga Pakistan. [3] Taufan menyebabkan tanah runtuh di wilayah Sharqiyah, bekalan elektrik dan telekomunikasi terputus. Penerbangan ke Pulau Masirah turut terjelas.

Loji LNG Oman turut ditutup sementara. Begitu juga aktiviti gas dan petroleum lain.[4] Sehari kemudian semua kembali normal termasuk di Al Amerat dan Quriyat. Lori tangki minyak kembali masuk keluar di Mina Al Fahal di Muscat.

Pada 6 Jun, laporan rasmi menyatakn jumlah korban meningkat menjadi 24,[5] 21 daripadanya rakyat Oman.

Di Pakistan pula sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, kebanyakannya akibat kejutan elektrik, dan puluhan lagi cedera. Ribuan yang lain pula kehilangan tempat tinggal.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]