Taufiq Hanafi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Taufiq Hanafi
KelahiranMohamad Taufiq bin Mohd Hanafi
(1991-04-26) 26 April 1991 (umur 27)
Pontian, Johor, Malaysia[1]
PendidikanIjazah Sarjana Muda perfileman dan televisyen
Pusat pendidikanAswara[2]
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • pengacara
Tahun aktif2006–sekarang
Ibu bapaMejar (B) Hanafi Yunus (bapa)

Mohamad Taufiq bin Mohd Hanafi (lahir 26 April 1991) atau lebih dikenali sebagai Taufiq Hanafi adalah pelakon, pengarah dan pengacara lelaki Malaysia.[3][4][5]

Taufiq mula dikenali apabila membawa watak Abu dalam filem Ola Bola pada 2016 yang juga merupakan filem pertamanya.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Taufiq sebagai pelakon bermula sebagai pelakon tambahan untuk telefilem terbitan RTM Sutun pada 2006, semasa berumur 16 tahun. Setelah tamat belajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan, Taufiq bekerja di TVi milik RTM dan turut berlakon beberapa watak kecil. Dari situ dia mendapat tawaran untuk filem Kanang anak Langkau: The Iban Warrior.[7] Taufiq turut menjadi pengacara untuk Dokumentari Kembara Sungai untuk siaran RTM pada 2017.[8]

Taufiq dikecam gara-gara watak Sofil dalam drama bersiri remaja Gantung The Series di Indonesia. Sofil merupakan watak antagonis yang mempunyai nafsu songsang. Drama bersiri 16 episod itu mula ditayangkan pada Januari 2018 dan hanya boleh ditonton di aplikasi Tribe di Indonesia dan Astro First di Malaysia.[9]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Taufiq bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Kajang pada tahun 2007 dalam bidang kejuruteraan. Pada 2009, Taufiq menyambung pelajaran ke Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan. Bermula dari situ Taufiq aktif dalam penerbitan dan lakonan pentas.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada September 2018, Taufiq mendedahkan bahawa hubungannya dengan pelakon Neera Azizi tidak lebih hanya sebagai teman rapat sahaja.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Peranan Nota Ruj.
Ola Bola 2016 Abu Filem pertama
Kanang anak Langkau: The Iban Warrior 2017 Leftenan Muda Johnsin anak Meling
Bidong: The Boat People 2018 Adib
PASKAL 2018 Khairil Fikri bin Abdul Musa @ Ustat

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Peranan Saluran Nota Ruj.
Gantung The Series 2018 Sofil Tribe, Astro First [11]
Kalis Kasih 2018 Remy TV3
Pujaan Hati Kanda 2018 Naim TV3 [12]

Teater[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Peranan Nota Ruj.
Mulan 2016 General Li [13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Saya Takkan Sorok Jika Nikahi Neera – Taufiq". MHE TV. 8 November 2018. 
  2. ^ "Taufiq 'di bahan' kerana gemuk". Utusan Melayu. 24 Februari 2018. 
  3. ^ "Taufiq Hanafi... Dulu Pemain Bola, Kini Jadi Perwira!". Gempak. 16 Ogos 2018. 
  4. ^ "'Paskal' meletup tapi nama Taufiq Hanafi tetap ditolak stesen TV". mStar. 1 December 2018. 
  5. ^ "Tidak henti berharap". Harian Metro. 24 September 2018. 
  6. ^ "Rezeki semakin murah". Harian Metro. 13 Ogos 2016. 
  7. ^ a b "Breakthrough Year". Malay Mail. 16 Mac 2017. 
  8. ^ "Kembara Sungai". New Straits Times. 
  9. ^ "Watak Sofil punya pasal". Harian Metro. 3 Februari 2018. 
  10. ^ "Taufiq akhirnya buka mulut". Karangkraf. 4 September 2018. 
  11. ^ "Gantung The Series Akhirnya Temui Penonton Secara 'Halal'". Remaja. 5 April 2018. 
  12. ^ "Drama Pujaan Hati Kanda (TV3)". MyInfotaip. 19 Disember 2018. 
  13. ^ "Mulan diserbu peminat". Harian Metro. 22 April 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]