Tauge kasar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tauge kasar daripada kacang seya

Tauge kasar ialah tauge yang dicambahkan daripada kacang soya. Ia adalah antara bahan masakan terkenal di Korea seperti kongnamulguk atau sup tauge kasar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tauge kasar dipercayai telah dimakan sejak zaman dinasti China lagi.[1]

Proses penghasilan[sunting | sunting sumber]

Cara untuk menghasilkan tauge kasar sama sahaja seperti penghasilan tauge iaitu dengan mengalirkan air selama beberapa minit selang beberapa jam sehinggalah tauge boleh dituai. Proses ini perlulah berjalan dalam bilik gelap agar tauge yang dihasilkan berkualiti. Kebanyakan kaedah penghasilan tauge kasar dikuasai oleh orang-orang Korea kerana tauge kasar adalah antara makanan kegemaran mereka.[2]

Penyediaan biji benih[sunting | sunting sumber]

Penghasilan tauge kasar yang berkualiti bermula dengan biji benih yang berkualiti. Hendaklah dipilih biji-biji kacang soya yang elok rupanya dan benda asing dan biji-biji yang rosak dibuang. Kemudian biji-biji hendaklah dibasuh beberapa kali sebelum direndam pula dengan 'clorox' bagi mematikan kuman-kuman yang ada di permukaan biji benih. Setelah itu dibasuh sehingga hilang lebihan 'clorox' dan direndam dalam air selama empat jam untuk pemedapan, penyerapan air oleh biji benih, untuk menggalakan percambahan yang sekata dalam bekas percambahan.[2] Akhir sekali biji-biji tersebut dimasukkan dalam bekas percambahan.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Khasiat tauge kasar terserlah apabila ia dimasak. [3] Terdapat perbezaan kandungan asid askorbik dalam tauge kasar apabila dicambahkan pada keadaan yang berbeza.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sejarah Tauge Kasar. Pusat Info Soya.
  2. ^ a b Lee, J.D., J.G. Shannon, Y.S. Jeong, J.M. Lee and Y.H. Hwang. 2007. A simple method for evaluation of sprout characters in soybean. Euphytica 153: 171-180.
  3. ^ History of Research on the Nutritional Value, Biochemistry, and Medicinal Uses of Soybeans and Soyfoods. Pusat Info Soya.
  4. ^ Mao-Jun, X., D. Ju-Fang and Z. Mu-Yuan. 2005. Effects of germination conditions on ascorbic acid level and yield of soybean sprouts. J. Sci. Food Agric. 85:943-947.