Pergi ke kandungan

Tauke Jambu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tauke Jambu
تاوك جمبو
Kelahiran
Zamatul Amri bin Zakaria

(1976-04-07) 7 April 1976 (umur 50)
Nama lainTauke Raja Lawak, Tauke Jambu
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah, penyampai radio
Tahun aktif2001–kini
Karya
Filemografi
PasanganNadia Mohd. Effendi (k. 2017)
Anak-anak2

Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke Raja Lawak atau Tauke Jambu (lahir 7 April 1976) ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Raja Lawak musim pertama bersama temannya, Allahyarham Yus Jambu.

Kerjaya seni beliau bermula pada tahun 2001 dalam program Sinaran Passport Kegemilangan dengan Kumpulan Tak Tahu Menahu anjuran sebuah stesyen televisyen tempatan. Malangnya nasib kurang menyebelahi beliau. Namun beliau tidak mudah berputus asa.

Pada tahun 2007 beliau telah mendapat tempat ke-4 di dalam program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Pada tahun 2011 pula, beliau bergandingan bersama Yus Raja Lawak dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut. Pada tahun 2012 beliau menyertai program Super Spontan dan mendapat tempat ke-3.

Pada tahun 2015 beliau telah bergandingan dengan Yus Jambu & Misha Omar dalam kumpulan "Kobis Pedas" rancangan realiti Juara Parodi di Astro Warna. Pada genap 30 November kawan baik atau rakan karib iaitu Yus Jambu atau Pak Yus meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sesak nafas.[1][2]Beliau berasa sangat sedih dan tertekan kehilangan rakan seperjuangan. Terpaksa bergandingan duo dengan Misha Omar.

Pada tahun 2016, selepas habis Juara Parodi 2015 tiba masa kembali Maharaja Lawak Mega 2016. Beliau menubuhkan kumpulan baru selepas kehilangan rakan seperjuangan itu tahun lalu. Gandingan ini iaitu (Ajak Shiro & Angah Raja Lawak) dalam kumpulan "Lots of Love" atau singkatan (LOL). Berjaya meraih tempat ke-4 keseluruhan. Beliau menyertai lagi untuk edisi 2017, kali ini gandingan baharu bersama Acong Sweetchild dan Ropie iaitu kumpulan Nice. Namun, rezeki tak memihak mereka apabila tersingkir di minggu ke-8. Tetapi, Tauke tidak berputus asa, beliau mengambil keputusan menyertai Super Spontan Extravaganza 2018 sebelum menyertai sekali lagi Maharaja Lawak Mega 2018. Beliau akhirnya menemui gandingan yang sesuai iaitu Man Raja Lawak bagi membentuk kumpulan Taman. Usaha keras Tauke bersama Man amat berbaloi apabila mereka berjaya ke peringkat akhir dan seterusnya menduduki tempat ke-5 keseluruhan. Kumpulan Taman ini dikatakan jelmaan kumpulan Jambu, namun Man menafikan dia adalah pengganti Arwah Pak Yus.

Beliau telah menjadikan anggota Kumpulan Virus oleh Tauke, Zizan dan arwah Pak Yus. Dalam 10 tahun lalu, Virus akhirnya terkandas di Separuh Akhir MLM 2014.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Radiografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Stesen
2015–2016 #Sate Era

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Keputusan
2007 Raja Lawak Ke-4
2011 Maharaja Lawak Ke-4
2012 Super Spontan 2012 Ke-3
Maharaja Lawak Mega 2012 Naib Juara
2013 Redah Kasi Pecah Extravaganza Ke-3
2013 Super Spontan 2013 Ke-6
Maharaja Lawak Mega 2013 Ke-4
2014 Super Spontan 2014 Ke-6
Redah Kasi Pecah Extravaganza Juara
2015 Super Spontan All Stars Ke-6
Juara Parodi Juara
2016 Super Spontan Superstar Ke-6
Maharaja Lawak Mega 2016 Ke-4
2018 Maharaja Lawak Mega 2018 Ke-5

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "Yus Jambu meninggal dunia, dipercayai sesak nafas". Sinar Harian. 30 November 2015. Dicapai pada 30 November 2015.
  2. Ab Rahman, Farhana (30 November 2015). "Rakan artis terkejut pemergian Allahyarham Yus Jambu". Berita Harian. Dicapai pada 30 November 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]