Tauke Jamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tauke Jamu
Genre
PenciptaA. Aida
Ditulis olehAzlina Din
PengarahNazir Jamaluddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanA. Aida Production
Lagu penutup"Happy Happy Jer" oleh Tia Jinbara
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Fariz Che Aziz
Nur Farhana Dato' Sri Zulkifli
PenerbitDato' A. Aida
Datin Sri Noraini Abdul Jalil
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal7 Ogos 2017 – 7 September 2017
Kronologi
MengikutiIsteri-Isteri Ayah
Diikuti olehMr. Hijab
Pautan luar
Laman sesawang

Tauke Jamu ialah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Reen Rahim.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 7 Ogos 2017 hingga 7 September 2017 menggantikan Isteri-Isteri Ayah.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cinta Dazril dan Gia terhalang kerana ibu Gia, Dr Suraya. Dr Suraya fikir Dazril tidak layak untuk anaknya kerana pekerjaan lelaki itu hanyalah menjual jamu tradisional. Dazril rasa tercabar dengan kata-kata Dr Suraya dan menjadikan tohmahan itu satu motivasi untuk dia bekerja lebih keras. Dazril mahu membuktikan kepada Dr Suraya bahawa dia layak untuk memiliki hati Gia.

Apabila mendapat tahu jawapan Dr Suraya, Dazril Si Tauke Jamu rasa sungguh sedih dan mengadu pada opah. Dazril kehairanan apabila opah hanya tersenyum. Rupa-rupanya opah mahu berkahwin lagi. Dazril terkejut apabila Opah memberitahu bahawa bakal atuknya itu masih muda, dan hanya berumur awal 40-an dan Opah kelihatan amat gembira. Ketika Dazril berada di kedai kopi, dia terdengar beberapa orang yang sedang mengumpat tentang Opah. Dazril tidak puas hati dengan kata-kata mereka itu.

Opah akhirnya berkahwin dengan Akram di sebuah majlis yang kecil sahaja. Jurugambar pengantin bernama Iman Mutiara telah banyak membantu Dazril untuk menjayakan majlis pengahwinan ini.Dazril yang gembira melihat Opah bahagia terlupa tentang kehadiran Gia di majlis tersebut. Gia pula cemburu melihat kemesraan antara Dazril dan Iman.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Tauke Jamu (TV3)". My Infotaip. 9 Ogos 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2017.
  2. ^ Tauke Jamu (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 24 Disember 2018.