Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor
Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor adalah perlantikan[1] untuk mengajar atau memberi kuliah agama Islam. Ia diperlukan di negeri Selangor bagi sesiapa jua agar ajaran mereka dapat diketahui dan dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS). Ia berdasarkan Perkara 9 Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.
Isi kandungan
Temuduga[sunting | sunting sumber]
Ketua penolong pengarah Bahagian Dakwah JAIS , Ahmad Zaki Arshad menyatakan setiap calon yang ingin memohon tauliah mesti menjawab 20 soalan bertulis yang telah disediakan oleh jabatan itu untuk semua pemohon.[2] Secara umumnya soalan adalah berkaitan aliran pemikiran agama mereka. Wahabi bukanlah sebab seseorang penceramah itu ditolak. Sesiapa yang ingin mendapat tauliah di negeri Selangor mestilah mengisi borang permohonan dan akan ditemuduga terlebih dahulu. Di antara soalan yang pernah disoal ialah isu lafaz niat sembahyang, marhaban dibolehkan atau tidak, aliran teologi Ashaari dan perdebatan isu 13 sifat-sifat Allah yang menjadi pengetahuan umum penganut Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
Beliau menjelaskan lagi bahawa tiada kekecualian walaupun seseorang itu mufti negeri lain atau ahli akademik dari universiti tempatan atau luar negeri. Borang permohonan mestilah disokong oleh ketua jabatan jika kakitangan awam, penghulu atau ketua pegawai eksekutif jika bekerja swasta. Pada 19 Ogos 2009, surat sokongan daripada ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib, ditolak kerana tidak memenuhi prosedur. [3]
Penceramah yang ditolak[sunting | sunting sumber]
Bil | Nama | Pendidikan / Jawatan |
---|---|---|
1 | Fathul Bari Mat Jahya | kelulusan BA Hadis (Universiti Madinah), MA (Universiti Yarmouk, Jordan), sedang menamatkan PhD di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) |
2 | Mohd Khairi Anwar Abdul Latif | BA [Fiqh dan Usul al-Fiqh) (UIAM), MA Hadis (UIA), bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa |
3 | Abdul Razak Mutalib | BA Al-Quran dan Sunnah (UIA), MA Hadis, bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa |
4 | Muzairi Mustafa | BA Tafsir, Usul dan Dakwah (Al-Azhar, Kaherah), sedang menuntut di peringkat sarjana |
5 | Fathlan Mohd Osman | BA Dakwah, MA Tafsir (UKM), sedang menyiapkan PhD Hadis di UIAM |
6 | Dr Azwira Abdul Aziz | BA (Univeristi Madianah) MA (Univeristi Madinah), PhD (Universiti Jordan), ketua Jabatan Al-Quran dan Sunnah UKM |
7 | Mohd Roesfan Sazzerin Mohamad Sufi | BA Hadis, Diploma Dakwah (Universiti Madinah), MA Hadis (UIAM) |
Penceramah lain[sunting | sunting sumber]
Bil | Nama | Pendidikan / Jawatan / Butiran |
---|---|---|
1 | Ustaz Abdullah Yassin | Mengajar petikan tafsiran surah al-Baqarah ayat 14 yang berkaitan sifat Munafik. |
2 | Dr Mohd Asri Zainul Abidin | Tidak pernah memohon tauliah daripada JAIS. Ahli Majlis agama, pensyarah universiti, mufti dan bekas mufti patut dikecualikan. Mengajar di premis kediaman individu sepatutnya tidak perlu. Skop ajaran Islam terlalu luas. [4] |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Istilah "tauliah", Kamus Dewan - Karyanet.com.my, 22 Disember 2009.
- ^ "Jais: Bukan kerana mereka Wahabi", Malaysiakini.com, 13 November 2009.
- ^ "Jais tolak 7 penceramah Wahabi?", Malaysiakini.com, 13 November 2009.
- ^ "Benar semua mufti kecuali Perlis beri kuliah - Dr Asri persoal Jais", Harakahdaily.com, 18 November 2009.