Taylor Dayne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taylor Dayne
Dayne pada 2016
Latar belakang
Nama lahirLeslie Wunderman
Kelahiran (1962-03-07) 7 Mac 1962 (umur 61)
New York City, New York, A.S.
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pencipta lagu
  • pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1985–kini
Syarikat rakaman
  • Mega Bolt
  • Arista
  • BMG
  • Neptune
  • River North
  • Intention

Taylor Dayne (lahir Leslie Wunderman; lahir 7 Mac 1962[1][2]) ialah seorang penyanyi, penulis lagu, dan pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau terkenal pada 1987 setelah single sulungnya "Tell It to My Heart". Dayne mencapai enam single top-10 AS tambahan, termasuk "Love Will Lead You Back", "Prove Your Love", dan "I'll Always Love You".

Dayne telah menerima dua pencalonan Anugerah Grammy, dan telah memenangi Anugerah Muzik Amerika dan beberapa Anugerah Muzik New York. Beliau juga telah menerima anugerah New York Hall of Fame dan menduduki peringkat nombor 18 dalam senarai artis tari wanita terbaik sepanjang zaman Rolling Stone. Pada Disember 2016, majalah Billboard menempatkannya sebagai artis tarian paling berjaya ke-28 sepanjang hayat.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Whitburn, J. (2006). The Billboard Book of Top 40 R & B and Hip-hop Hits. Billboard. ISBN 9780823082834. Dicapai pada January 31, 2015.
  2. ^ Wilson, D. (2004). Rock Formations: Categorical Answers to how Band Names Were Formed. Cidermill Books. m/s. 240. ISBN 9780974848358. Dicapai pada January 31, 2015.
  3. ^ "Greatest of All Time Top Dance Club Artists : Page 1". Billboard.com. Dicapai pada December 21, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]