Te Ruki Kawiti
Te Ruki Kawiti (1770-an–1854) ialah seorang ketua Maori terkemuka. Beliau bersama Hōne Heke merupakan tokoh utama menentang pihak British dalam Perang Tiang Bendera (1845–46).[1]
Keturunan dari Nukutawhiti dan Rahiri dia dilahirkan di utara New Zealand di Ngati Hine hapu, salah satu sub-puak Ngapuhi. Semenjak muda dia dilatih dalam kepimpinan dan seni perperangan. Dia hadir pada Pertempuran Moremonui apabila ramai Ngapuhi disembelih oleh Ngati Whatua, dan kemudiannya dua puluh tahun kemudian, pada 1825, dia turut hadir pada Pertempuran Te Ika a Ranganui apabila tiba giliran Ngapuhi untuk menyembelih Ngati Whatua. Bagaimanapun, dia menawan beberapa orang Ngati Whatua dan enggan menyerahkan mereka kepada Hongi Hika sebaliknya memulangkan mereka kepada puak mereka.
Kawiti enggan menandatangani Perjanjian Waitangi pada 6 Februari 1840 mengetahui bahawa ia akan, akhirnya mendorong kepada pencerobohan Eropah lebih lanjut dan kehilangan tanah Maori. Bagaimanapun, dia akhirnya tunduk kepada tekanan orang-orangnya dan menandatangani Perjanjian tersebut pada May 1840, betul-betul di atas tandatangan ketua-ketua terdahulu.
Bagaimanapun dia menjadi kecewa dengan aliran peristiwa dan menyokong Hone Heke dalam membantah menentang pemerintahan British. Apabila pada bulan March 1845 Heke memotong tiang bendera di Kororareka untuk kali keempat dengan itu memulakan Perang Maori Pertama Kawiti membuat pengumpanan dengan menyerang bandar tersebut.
Kini berusia lebih tujuh puluh, Kawiti merupakan pahlawan berpengalaman, antara mereka dia dan Heke bertempur dan kemungkinannya mengalahkan British.
Pertempuran serious pertama dalam perperangan tersebut adalah Pertempuran Puketutu Pa. Sementara Heke menduduki pa, Kawiti dan orang-orangnya menyerang hendap disemak-samun dan lurah sekeliling Pa. Mereka berjaya menghalang pihak British daripada melancarkan serangan tersusun keatas Pa tetapi mengalami kehilangan jiwa yang besar.
Pada pertempuran berikutnya, dalam Pertempuran Ohaeawai Pa Kawiti mengumpan British kepada serangan hadapan yang menyebabkan kerugian besar ke atas mereka. Setelah mencapai matlamat ini dia berundur dari Pa. Berikutan dari ini suasana tenang selama beberapa bulan bagi perbincangan perdamaian yang gagal. Kemudian pada akhir 1845 pihak British melancarkan ekspedisi utama menentang Pa Kawiti yang baru dalam Ruapekapeka. Pa tersebut berjaya menahan kepungan dan pengeboman selama beberapa minggu sehingga Kawiti membuat pengunduran taktikal; menarik sebahagian askar British kepada serangan hendap yang rumit di belakang Pa.
Pihak British tidak berlawan bersendirian dalam perperangan ini. Mereka bersatu dengan ketua penting, Tamati Waka Nene. Selepas Ruapekapeka, Kawiti dan Heke dengan berat hati bersetuju berdamai dengan Waka Nene yang bertegas supaya pihak British turut menerimanya.
Ini merupakan perperangan terakhir Kawiti. Dia meninggal di Waiomio 5 May 1854 merintih mengenai perpecahan puak Ngapuhi. Rumah mesyuarat, kompleks marae di Gua Waiomio merupakan tugu peringatannya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ James Belich. The New Zealand Wars. (Penguin Books, 1986)