Team Wawasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Team Wawasan terbentuk daripada satu kumpulan atau pakatan politik dalaman yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Pemilihan UMNO 1993 yang memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding oleh sebab Tun Ghafar Baba menarik diri. Ia juga terdiri daripada individu seperti Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib yang mana mereka telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO. Team Wawasan dikaitkan dengan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu sebagai Presiden UMNO.