Tebas dan bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tebang-dan-bakar adalah teknik pertanian yang membabitkan penebangan dan pembakaran hutan atau kawasan berpokok untuk menghasilkan ladang. Ia merupakan pertanian sara diri yang biasanya menggunakan sedikit teknologi atau peralatan lain. Ia biasanya merupakan sebahagian dari pertanian berpindah randah dan pengembelaan ternakan transhumance.[1]

Tebas dan bakar adalah amalan pertanian tradisional secara tebas, bakar iaitu tanaman dicucuk tanam untuk beberapa tahun dan kemudiannya diabaikan dengan petani berpindah ke kawasan lain pula apabila didapati kawasan itu mula tidak subur.[2]

Ia boleh menyebabkan kebakaran liar.

Amalan tebas dan bakar di Eno, Finland, 1893
Gambar astronot menunjukkan pembersihan tebas dan bakar hutan sepanjang Rio Xingu (Sungai Xingu) di negeri Mato Grosso, Brazil.

Tebas-dan-bakar adalah teknik pertanian yang membabitkan teknik pertanian yang membabitkan pemotongan dan pembakaran hutan atau kawasan berpokok bagi membuat ladang. Ia merupakan pertanian sara diri yang biasanya menggunakan sedikit teknologi atau peralatan yang lain. Ia biasanya merupakan sebahagian dari pertanian penanaman berpindah randah, dan pengembalaan pindah ternak ("transhumance").[3]

Istilah silam Inggeris bagi tebas-dan-bakar termasuk pertanian assarting, swidden, dan peram api. Pada masa kini istilah "tebas-dan-bakar" kini kebanyakannya dikaitkan dengan hutan hujan tropika. Teknik tebas-dan-bakar digunakan antara 200 hingga 500 juta orang diseluruh dunia.[4][5] Pada tahun 2004 ia dianggarkan bahawa, di Brazil sahaja, 500,000 petani kecil setiap seorang membersihkan purata satu hektar hutan setiap tahun. Teknik ini tidak dapat bertahan melebihi kepadatan penduduk tertentu kerana, tanpa pokok, hujan yang turun menghanyutkan galian yang terdapat dalam tanah menjadikan kualiti tanah dengan cepat menjadi terlalu buruk untuk menampung pertanian. Petani terpaksa berpindah pada hutan dara dan mengulangi proses itu. Kaedah seperti pertanian lembah Inga telah dicadangkan sebagai pilihan lain kepada kemusnahan ekologi ini.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dalam sejarah, pertanian tebas dan bakar telah diamalkan sepanjang kebanyakan dunia, di kawasan tanah rumpun dan juga kawasan berpokok.

Semasa Revolusi Neolithik, yang termasuk kemajuan pertanian, kumpulan pengumpul-pemburu menternak pelbagai tumbuhan dan haiwan, membenarkan mereka menetap dan mengamalkan pertanian yang memberikan lebih banyak zat setiap hektar berbanding memburu dan mengumpul. Ini berlaku di lembah sungai di Mesir dan Mesopotamia. Akibat pengurangan makanan dari pemburuan ketika populasi manusia meningkat, pertanian menjadi semakin penting. Sesetengah kumpulan dengan mudah menanam benih mereka di padang terbuka sepanjang lembah sungai, tetapi yang lain berhadapan denagn hutan yang menghalang tanah pertanian mereka. Dalam konteks ini, manusia menggunakan teknik pertanian tebas dan bakar bagi membersihkan lebih banyak tanah, dan menjadikan ia sesuai bagi tumbuhan dan haiwan mereka. Dengan itu, sejak zaman Neolithik, teknik tebas dan bakar telah digunakan secara meluas bagi menukar hutan menjadi ladang tanaman dan mengembala.[7] Api digunakan sebelum zaman Neolithik juga, dan oleh pemburu-pengumpul sehingga masa kini. Bukaan dibuat menggunakan api bagi banyak tujuan, seperti menarik haiwan buruan dan menggalakkan tumbuhan makanan tertentu seperti pokok beri.

Ladang tebas dan bakar biasanya digunakan dan "dimiliki" oleh satu keluarga sehingga tanah tidak subur. Pada masa itu hak "milik" ditinggalkan, dan keluarga akan membersihkan ladang baru, dan hutan dibenarkan tumbuh di ladang lama. Selepas beberapa dekad, keluarga atau puak lain mungkin menggunakan tanah tersebut dan mendakwa hak mengambil alih. Dalam sistem sebegini biasanya tidak terdapat pasaran bagi tanah pertanian, dan tanah tidak dijual atau beli dalam pasaran terbuka. Hak sedemikian adalah secara "tradisi." Dalam pertanian tebas dan bakar, hutan biasanya ditebang beberapa bulan sebelum musim kering. Hutan yang "ditebas" dibiarkan kering, dan kemudian dibakar pada musim kering berikutnya. Abu yang terhasil menyuburkan tanah, dan ladang yang dibakar kemudian akan ditanam pada permulaan musim hujan berikutnya dengan tanaman seperti padi huma, jagung, ubi kayu, atau tanaman ruji yang lain. Kebanyakan usaha ini biasanya dilakukan menggunakan tangan, menggunakan beliung, kapak, cangkul, tenggala kasar dan peralatan asas yang lain.

Keluarga besar atau puak mengembara dalam hutan subur terus menjadi bentuk hidup yang biasa sepanjang sejarah manusia. Kapak bagi menebang pokok dan sabit bagi menuai bijirin merupakan satu-satunya alat yang dibawa bersama mereka. Kesemua peralatan lain dihasilkan dari bahan yang mereka jumpa di tapak baru, seperti pasak kayu api, batang kayu (vanko), dan harrows diperbuat dari pucuk pokok spruce. Keluarga bersambung menakluk hutan dara subur, membakar dan menuai plot tanaman yang dipilih dengan teliti, ditanah dengan satu atau beberapa tanaman, dan kemudian berpindah ke hutan yang mereka telah tanda sebelumnya. Di kawasan serdahana hutan kembali tumbuh dalam tempoh satu generasi. Dengan itu swidden diulang beberapa kali di kawasan yang sama selama beberapa tahun. tetapi di kawasan tropika tanah hutan perlahan-lahan hilang kesuburannya. ia bukan hanya di kawasan gurun moors, seperti di Utara eropah, tetapi juga di kawasan steppe, savannah, prairie, pampas dan gurun kering di kawasan tropika di mana pertanian pindah adalah tertua (Clark 1952 91-107).[8]

Rujukan sejarah[sunting | sunting sumber]

Di cuaca Selatan Eropah Mediterranean, hutan pada masa itu, sepanjang dalam ingatan pada kebanyakan masa, adalah hutan pine dan daun malar hijau terbuka. Selepas tebas dan bakar hutan ini memiliki kurang keupayaan bagi tumbuh semula di hutan utara dari Alps.

Di Utara Eropah, biasanya hanya terdapat satu tanaman dituai sebelum rumput tumbuh kembali, sementara di selatan musim luruh yang sesuai akan digunakan selama beberapa tahun dan tanah hilang kesuburan dengan cepatnya. Penanaman berpindah randah tebas dan bakar dengan itu terhenti lebih cepat di selatan berbanding di utara.

Kebanyakan hutan di kawasan Mediterranean telah lenyap menjelang tempoh klasik. Pengarang klasik menulis mengenai hutan besar (Semple 1931 261-296).[9]

Homer menulis mengenai kawasan berpokok Samoth Race, Zacynthos, Sicily dan tanah berpokok yang lainnya.[10] Pengarang memberikan gambaran umum bahawa negeri-negeri Mediterranean memiliki lebih banyak hutan berbanding sekarang, tetapi masa itu ia telahpun kehilangan kebanyakan kawasan hutan, dan apa yang tinggal hanyalah di kawasan pergunungan (Darby 1956 186).[11]

Adalah jelas bahawa Eropah kekal berpokok, dan bukan sekadar di utara. Bagaimanapun, semasa Zaman Besi Rom dan awal Zaman Viking, kawasan hutan berkurangan mengejut di Eropah Utara, dan penempatan berpindah secara berkala. Tidak terdapat penjelasan yang baik bagi pergerakan ini, dan peralihan kepada penempatan stabil dari tempoh akhir Viking, juga peralihan dari pertanian berpindah-randah kepada kegunaan tanah pertanian secara kekal. Pada masa yang sama bajak muncul sebagai peralatan kumpulan baru yang dijumpai di kubur dan depoh. Ia boleh disahkan bahawa penduduk pertanian awal cenderung kepada hutan berkualiti baik di lereng bukit dengan saliran yang baik dan kesan penempatan lembu jelas kelihatan di sini.

Penjelajah dan pedagang Yunani Pytheas dari Marseilles membuat pengembaraan ke Utara Eropah sekitar 330 BC. Sebahagian dari itinerari disimpan di Polybios, Pliny dan Strabo. Pytheas telah melawat Thule, yang terletak enam hari perlayaran utara Britain. "Orang Gasar menunjukkan kami tempat di mana matahari tidak tidur. Ia berlaku kerana malam sangat pendek -- disesetengah tempat dua, ditempat lain tiga jam -- dengan itu matahari tidak lama selepas terbenam kembali muncul." Dia berkata bahawa Thule adalah tanah subur, "kaya dengan buah yang masak sehingga lewat tahun, dan orang di situ menggunakannya bagi menghasilkan minuman madu. Dan mereka membanting bijiran dalam rumah besar kerana cuaca mendung dan kerap hujan. Pada musim bunga mereka menghalau lembu meragut ke atas gunung dan tinggal di sana sepanjang musim panas. " Gambaran ini mungkin sesuai bagi keadaan Barat-Norwegian. Di sini dua kejadian perladangan lembu susu dan pengeringan/banting dalam bangunan.

Di Itali pertanian berpindah merupakan perlara lalu semasa kelahiran Christ. Tacitus menggambarkannya sebagai kaedah pertanian pelik yang dia alami dikalangan Jerman, yang dia kenal rapat semasa tinggal bersama mereka. Rom bergantung sepenuhnya pada pertanian berpindah oleh orang gasar untuk kekal hidup dan mengekalkan "Pax Romana", tetapi apabila bekalan dari koloni "trans alpina" gagal, Empayar Rom runtuh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Tony Waters, The Persistence of Subsistence Agriculture, p. 3. Lexington Books (2007).
  2. Tebas dan Bakar. PRPM. Capaian 27-02-2013
  3. Tony Waters, The Persistence of Subsistence Agriculture, p. 3. Lexington Books (2007).
  4. Slash and burn, Encyclopedia of Earth
  5. Skegg, Martin.True Stories: Up In Smoke The Guardian 24 September 2011.
  6. Elkan, Daniel. Slash-and-burn farming has become a major threat to the world's rainforest The Guardian 21 April 2004
  7. Jaime Awe, Maya Cities and Sacred Caves, Cu bola Books (2006)
  8. Clark J.G.D. 1952, Farming: Clearance and Cultivation II Prehistoric Europe: The Economic Basis, Cambridge.
  9. Semple E.C.1931, Ancient Mediterranean Forests and the Lumber Trade II Henry Holt et al., The Geography of the Mediterranean region, New York.
  10. Homer Iliad, XIII, XIV ---- 0.1 to 2.
  11. Darby H.C. 1950, Domesday Woodland II Economic History Review, 2d ser.,III, London. 1956, The clearing of the Woodland in Europe II

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]